Netizen Terkejut Zizi Kirana Fasih Loghat Sarawak, Akui Rindu Perform Di Lubok Antu

11 Mar 2025 • 1:58 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Zizi Kirana Buat Netizen Terpukau, Fasih Loghat Sarawak Macam Orang Tempatan

Netizen Terkejut Zizi Kirana Fasih Loghat Sarawak, Akui Rindu Perform Di Lubok Antu. Satu perkongsian yang tular di media sosial baru-baru ini menunjukkan penyanyi terkenal, Zizi Kirana, fasih bertutur dalam loghat Sarawak.

Rata-rata netizen, terutama dari Bumi Kenyalang, terkejut dan kagum dengan kebolehannya itu. Dalam video yang dikongsikan di TikTok ERA Sarawak, Zizi mendedahkan rahsia bagaimana dia boleh bertutur dalam loghat Sarawak dengan begitu lancar.

image is not available
Netizen Terkejut Zizi Kirana Fasih Loghat Sarawak, Akui Rindu Perform Di Lubok Antu

Bermula Dari Akademi Fantasia

Menurutnya, semuanya bermula ketika dia menyertai Akademi Fantasia (AF 7) 2009 dan tinggal sebumbung dengan Aisyah AF, penyanyi asal Kuching.

“Saya dulu masa AF 2009, saya duduk serumah dengan Aisyah AF. Dia orang Kuching, setiap hari dia akan call mak dia, adik-beradik dia, jadi saya dengar lah perbualan mereka,” katanya sambil mengajuk cara Aisyah bercakap dengan keluarganya dalam loghat Sarawak.

Zizi juga menyatakan bahawa sepanjang tahun 2009 hingga 2013, dia sudah imune dengan bahasa Sarawak kerana sering mendengarnya. Malah, dia mengakui sangat suka dengan cara orang Sarawak bercakap.

“Saya suka dengar orang Sarawak bercakap, best diorang punya tone. Kalau saya ada show dekat Sarawak, memang seronok sebab boleh dengar loghat diorang,” tambahnya.

Pernah Jelajah Sarawak Sampai Pedalaman

Selain itu, Zizi turut berkongsi pengalaman menjelajah di beberapa tempat di Sarawak. Salah satu lokasi yang paling memberi kenangan buatnya ialah Lubok Antu.

“Tempat paling bagi kenangan adalah Lubok Antu, saya pernah perform dekat situ. Saya juga pernah pergi ke Maradong dan Mukah. Saya suka pergi ke pedalaman, naik bot dan jalan-jalan,” katanya lagi.

Bila sebut pasal Sarawak, makanan tempatan juga menjadi kegemarannya. Tak sah kalau tak makan Laksa Sarawak.

“Sampai sekarang saya akan mintak abang Bob Yusof buatkan saya Laksa Sarawak. Kalau pergi Sarawak, memang wajib makan!” katanya penuh teruja.

Netizen terpesona dan melontarkan pujian terhadap kefasihannya bertutur.

Perkongsian ini mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-ratanya teruja melihat seorang selebriti luar Sarawak mampu bertutur dalam loghat tempatan.

image is not available

image is not available

Apa pun, salute kepada Zizi Kirana kerana bukan sahaja berbakat dalam nyanyian, malah berjaya menyesuaikan diri dengan bahasa dan budaya negeri lain. Mungkin lepas ni boleh belajar bahasa Iban pula?

Baca juga artikel yang menarik:

View Original Article