Netizen Teruja Bintang Popular Korea Selatan, ‘Rain’ Bakal Ke Kuching Sempena AIFFA

21 Jul 2023 • 9:32 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Selebriti popular Korea Selatan, Rain bakal ke Kuching

Netizen Teruja Bintang Popular Korea Selatan, ‘Rain’ Bakal Ke Kuching Sempena AIFFA. Festival Filem Antarabangsa (AIFFA) Ke-6 akan kembali diadakan secara fizikal pada 2 hingga 4 Ogos 2023 depan.

Kuching Sarawak sekali lagi akan menjadi tuan rumah acara menarik tersebut selama 3 hari di mana individu hebat dalam industri filem berkumpul untuk merayakan dan mengiktiraf keunggulan filem.

Menurut Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah mengumumkan bahawa bintang popular dari Korea Selatan, Rain, sebagai artis antarabangsa ke Festival Filem Antarabangsa (AIFFA) 2023 di Kuching pada Ogos ini.

image is not available
Sumber: wiki

Menerusi laporan, Rain, superstar korea yang cukup dikenali sebagai seorang penyanyi, penari, pelakon dan juga pengacara pelbagai rancangan telah dijemput ke Kuching, Sarawak untuk filem festival, AIFFA 2023.

“Tuan-tuan dan puan puan, bintang selebriti untuk AIFFA 2023 ialah selebriti popular dari Korea Selatan, iaitu Rain,” ujarnya memetik video yang dimuat naik oleh sumber.

Sumber: AIFFA

Rakyat Sarawak teruja dengan kedatangan Rain

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terkejut dengan pendedahan Karim kerana tidak menyangka bintang Korea Selatan itu akan ke Kuching untuk AIFFA.

Dalam pada itu, ramai yang teruja dengan kehadiran Rain dan mendakwa ramai yang mahu pulang ke kampung itu semata-mata untuk bertemu Rain pada majlis AIFFA.

image is not available

Sudah lima kali AIFFA diadakan di Kuching, Sarawak

Untuk makluman, AIFFA diiktiraf Menteri Pelancongan ASEAN pada 2012 sebagai acara mengetengahkan naskhah ASEAN.

AIFFA dianjurkan sebanyak lima kali di Kuching, Sarawak. Pada 2021, acara dianjurkan secara online. Antara selebriti yang pernah menghadiri AIFFA termasuk Tan Sri Michelle Yeoh, Jackie Chan, Donnie Yen dan Steven Seagal.

Baca juga artikel yang berkaitan: