Netizen Teruja, Doraemon Muncul Mengaji Di Kaca TV – “Doraemon Pun Dah Insaf”

Entertainment
29 Mar 2024 • 11:38 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Pemilik suara latar Doraemon iaitu Ruhaiyah Ibrahim menarik perhatian orang ramai apabila dia mengaji al-Quran di sebuah rancangan televisyen dengan menggunakan suara animasi berkenaan.

Menerusi video TikTok yang dimuat naik oleh @iskandarbahrin semalam, dapat dilihat seorang individu sedang merakam program Geng Ngaji yang memaparkan Ruhaiyah sedang memulakan bacaan al-Quran sambil didengar oleh pengacara rancangan berkenaan.

image is not available

Video yang berdurasi lapan saat itu telah mengundang reaksi ramai apabila pemilik suara latar animasi Jepun yang terkenal ini mengalunkan bacaan Ta’awwuz tersebut dengan menggunakan suara Doraemon.

image is not available

Malah, dapat dilihat pengacara rancangan televisyen tersebut turut tertarik dengan merakamkan detik yang jarang berlaku itu menggunakan telefon bimbit miliknya.

Selain daripada membuatkan orang ramai teruja dan terhibur, rata-rata netizen turut berseloroh di ruangan komen video TikTok yang meraih lebih 600,000 tontonan.

Doraemon dapat hidayah ke ?

 

image is not available

Tak gelak eh… Tutup mulut dengan tangan je

image is not available

Bila masa Doraemon mengaji ? Alhamdulillah…

image is not available

Untuk rekod, sebelum melakonankan suara latar watak Doraemon ini, Ruhaiyah merupakan pelakon untuk suara latar bagi watak Nobita.

Sumber : TikTok @iskandarbahrin

View Original Article