Netizen Teruja Rapper Terkenal, Jessi Belajar Sebut ‘Kamek Sayang Kitak’ Di Pentas BSMF

LocalEntertainment
14 Oct 2024 • 12:01 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Rapper terkenal KPOP, Jessi kelihatan gembira apabila dapat mempelajari bahasa Melayu Sarawak ketika mengadakan persembahan sempena ‘Borneo Sonic Music Festival’ di Stadium Kuching pada malam Sabtu lalu.

Lebih menggemparkan apabila sosok artis terkenal Korea, iaitu Jessi, rapper, yang turut dijemput datang sebagai artis jemputan untuk memeriahkan konsert tersebut menarik lebih banyak pengunjung untuk bertandang ke festival itu.

image is not available

Foto: Facebook Malaysia KPOP Fans

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik di platform Tiktok oleh New Sarawak Tribune, rapper yang berumur 35 tahun itu dengan lucunya bertanya soalan, “Bagaimana menyebut saya sayang kamu dalam bahasa Melayu Sarawak?” kepada seorang jurukamera di atas pentas.

image is not available

Foto: Tiktok New Sarawak Tribune

Lebih mencuit hati, dimana reaksi jurukamera yang menyahut soalan penyanyi terkenal tersebut dengan membalas jawapannya dengan nada yang bergurau, “saya sayang awak juga”, membuatkan suasana menjadi lebih riuh.

image is not available

Foto: Tiktok New Sarawak Tribune

Bukan itu sahaja, Jessi melaungkan bait-bait kata “Kamek sayang kitak” dengan nada dan dialeknya yang lucu dan comel seolah-olah bergurau senda berkali-kali membuatkan para peminat terhibur.

image is not available

Foto: Facebook Chris Efron Jr

Menurut laporan Dayak Daily, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah, berkata, beliau yakin barisan artis yang ditampilkan pada kali ini mampu menjadi tarikan penting acara yang menyasarkan lebih 36,000 pengunjung.

image is not available

Foto: Suara Sarawak

“Sarawak telah menjadi destinasi popular dengan statistik menunjukkan jumlah kedatangan pelancong telah melebihi sasaran empat juta orang setahun.

“Tahun ini merupakan tahun yang padat dengan pelbagai acara menarik seperti SUKMA XXI Sarawak 2024 dan pelbagai acara hiburan lain.” katanya.

BSMF telah berlangsung pada 11 hingga 12 Oktober lalu turut dijayakan bersama barisan artis terkenal lain seperti Rain dari Korea, Bunga Citra Lestari (BCL) dan Judika dari Indonesia, serta kumpulan popular Malaysia, Dolla, dan ramai lagi.

image is not available

Foto: Suara Sarawak

Hujan lebat sejak tengah hari tidak melunturkan semangat peminat muzik di dalam dan luar negeri ini untuk datang menyaksikan persembahan artis kesayangan mereka.

image is not available

Foto: Facebook Malaysia KPOP Fans

Jessi membawa beberapa lagu hitnya, seperti What Type Of X, Cold Blooded, Gum, Zoom dan Nunu Nana. Lagu hit penyanyi terkenal tersebut disambut dan diterima baik oleh rakyat Sarawak.

Sumber: Dayak Daily