Netizen Tidak ‘Restu’ Aktres China, Fan Bingbing Dilantik Jadi Duta Pelancongan Melaka

30 May 2024 • 5:27 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Baru-baru ini, pelakon terkemuka China, Fan Bingbing telah dilantik sebagai duta pelancongan negeri Melaka bertujuan untuk menaikkan nama negeri tersebut di peringkat global, melalui Lawatan Melaka 2024 bermula 15 Jun ini.

image is not available

Foto: Variety

Perkara tersebut diumumkan oleh Ketua Menteri Melaka, Ab Rauf Yusoh menerusi perkongsian di laman Instagram miliknya dimana beliau berjumpa dengan pengurus wakil kepada Bingbing bagi memperincikan lawatan berkenaan.

Justeru, pengumuman tersebut kemudian telah tular di platform X berikutan orang ramai telah memberikan pelbagai reaksi mengenai pelantikan itu.

image is not available

Foto: X @ceddyornot

Menerusi platform sama, pempengaruh terkenal Ceddy dilihat turut berkongsi pandangannya berhubung pelantikan Bingbing sebagai duta pelancongan Melaka.

Dia menjelaskan, tindakan melantik pelakon berkenaan menjadi duta untuk mempromosi Melaka di China adalah sesuatu yang menghairankan.

Hal ini kerana Bingbing dikatakan pernah digam di negaranya apabila terbabit kes mengelak cukai pada 2018. Malah, dia dilaporkan mengelak daripada membayar sejumlah besar cukai yang telahpun didedahkan oleh pihak kerajaan.

Sehubungan dengan itu, rata-rata netizen berpendapat bahawa terdapat ramai lagi calon yang sesuai untuk dilantik sebagai duta pelancongan Melaka.

Tak tahu ke Fan Bingbing ni bermasalah?

image is not available

Kalau Lin Dan lebih baik!

image is not available

Keliru kenapa tiba-tiba dia jadi duta

image is not available

Kenapa tak pilih artis tempatan?

image is not available

Untuk makluman, hantaran di aplikasi X tersebut telah mendapat 3 ribu sukaan serta sebanyak 66 komen telah ditinggalakan, setakat hari ini.

Sumber: X @ceddyornot