New South Wales lancar skim beli balik senjata api

WorldPolitics
16 Aug 2026 • 4:14 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: New South Wales lancar skim beli balik senjata api

SYDNEY: New South Wales (NSW), negeri paling ramai penduduk di Australia akan melancarkan skim membeli balik senjata api pada akhir tahun ini, menjadikannya negeri pertama yang menawarkan bayaran tunai sebagai pertukaran senjata api susulan serangan pengganas di Bondi Beach.

Mulai 2 November, pemilik senjata api di NSW akan ditawarkan bayaran sehingga 1,000 dolar Australia (RM2,894) untuk menyerahkan pistol, senapang patah dan senapang yang layak di bawah skim berkenaan.

Pihak berkuasa Australia sebelum ini berjanji melaksanakan pembaharuan menyeluruh terhadap undang-undang senjata api selepas 15 orang ditembak mati dalam serangan pengganas ketika sambutan perayaan Yahudi di Bondi Beach, Sydney pada Disember tahun lalu.

“Kami mahu senjata api itu diserahkan, pemiliknya diberi pampasan dan senjata berkenaan dilupuskan dengan selamat.

“Langkah ini berpotensi menyaksikan ratusan ribu senjata api diserahkan kepada pihak berkuasa,” kata Ketua Menteri NSW, Chris Minns.

Pembaharuan pemilikan senjata api yang sudah diperkenalkan di negeri itu mengehadkan individu kepada maksimum empat senjata api, manakala golongan tertentu seperti petani dan penembak sukan dibenarkan memiliki sehingga 10 unit.

Skim berkenaan akan ditawarkan kepada mereka yang memiliki senjata api melebihi had ditetapkan di bawah peraturan baharu atau tidak lagi mempunyai lesen yang sah. Tempoh sah lesen turut dipendekkan daripada lima tahun kepada dua tahun.

Skim itu akan dilaksanakan dalam dua fasa. Fasa pertama bermula awal November dan meliputi beberapa jenis pistol, senapang patah dan senapang.

Fasa kedua akan bermula awal tahun depan dan meliputi senjata api bernilai tinggi berharga lebih 3,000 dolar Australia (RM8,684), dengan bayaran maksimum ditetapkan pada A$10,000 dolar Australia (RM28,947).

Perniagaan pula boleh menerima bantuan sehingga 25,000 dolar Australia (RM72,369 bagi membantu mereka menyesuaikan diri dengan perubahan peraturan, manakala bantuan turut disediakan kepada peniaga senjata api.

Skim Beli Balik Senjata Api Kebangsaan itu dibiayai bersama kerajaan NSW dan kerajaan persekutuan Australia.

The post New South Wales lancar skim beli balik senjata api appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved