New York City Saman Facebook, TikTok Dan YouTube – Dikatakan Memudaratkan Kesihatan Mental Belia

TechnologyDigital
15 Feb 2024 • 7:21 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Datuk Bandaraya di New York City kini mengumumkan pentadbiran bandar berkenaan telah memfailkan saman ke atas sejumlah syarikat media sosial, termasuk Facebook, TikTok dan YouTube. Saman ini difailkan dengan mengatakan perkhidmatan media sosial ini membawa kepada kemudaratan dan krisis kesihatan mental dalam kalangan belia dan kanak-kanak.

Sebelum ini sendiri, beberapa saman turut telah difailkan dalam mengatakan perkhidmatan media sosial membuatkan perkhidmatan dan aplikasi mereka berbentuk ketagih dan para belia menghabiskan masa yang lama padanya.

Beberapa perkhidmatan media sosial sedia menyatakan mereka menyediakan beberapa ciri-ciri kawalan, disamping turut bekerjasama dengan komuniti dalam mengekalkan keselamatan pada aplikasi berkenaan.

Sama-sama kita nantikan lanjut berkenaan perbicaraan kes ini kelak.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved