New York & Singapura Dinobat Bandar Termahal Di Dunia!

Travel
2 Dec 2022 • 6:05 PM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

image is not available

New York dan Singapura menjadi dua bandar paling mahal untuk didiami di dunia selepas kadar inflasi global terus menunjukkan trend peningkatan.

image is not available

Gabungan dua bandar itu mengetepikan Tel Aviv yang kali ini jatuh ke ke tempat ketiga bagi bandar paling mahal untuk didiami berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Indeks Kos Hidup Seluruh Dunia.

image is not available

Kajian itu secara tidak langsung mendedahkan New York buat pertama kalinya tersenarai sebagai bandar paling mahal di dunia, manakala Damsyik dan Tripoli kekal sebagai bandar termurah.

Selain itu, kenaikan nilai mata wang Amerika Syarikat (AS) turut mempengaruhi kos hidup penduduk di sesebuah bandar.

Dalam pada itu, Los Angeles dan San Francisco turut masuk dalam 10 bandar teratas paling mahal di dunia.

Moscow dan Saint Petersburg juga merekodkan peningkatan mendadak dalam kenaikan harga barangan iaitu 88 dan 70 peratus akibat perang yang berlaku di Ukraine.