Newcastle United kejutkan Manchester City

Football
28 Sep 2023 • 12:37 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Newcastle United menyingkirkan Manchester City daripada saingan pusingan ketiga Piala Liga di St James' Park pada Khamis. - Foto: Agensi

NEWCASTLE United menyingkirkan Manchester City daripada saingan Piala Liga selepas mengatasi pasukan berprofil tinggi tersebut 1-0 dalam saingan pusingan ketiga pada Khamis.

Gol penyerang Sweden Alexander Isak memecah kebuntuan pada separuh masa kedua di St James' Park.

Ia selepas City yang banyak berubah apabila menguasai penguasaan bola dalam 45 minit pertama, namun gagal menterjemahkan peluang dalam bentuk jaringan.

Newcastle menyerap tekanan sepanjang separuh masa pertama kembali memanfaatkan peluang selepas rehat apabila Isak menyudahkan hantaran silang rendah Joelinton pada minit ke-53.

Manchester City mempunyai Phil Foden, namun mesin gol pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL) itu Erling Haaland membarisi bangku simpanan.

Newcastle United pula hanya menampilkan barisan terbaik bermula dengan penjaga gol Nick Pope daripada pasukan yang menang 8-0 di Sheffield United dalam aksi liga pada Isnin lalu.

Julian Alvarez mempunyai dua peluang yang baik, termasuk satu percubaan yang dinafikan kaki Pope, untuk City yang memiliki 68 peratus penguasaan bola.

“Ia adalah permainan dua separuh masa untuk kami. Separuh masa pertama adalah sukar. Saya fikir kami tidak bermain dengan baik tetapi bertahan dengan baik dalam tempoh pertama kerana kami tidak mempunyai banyak bola.

“Pada separuh masa kedua kami cemerlang dalam kebanyakan aspek, pertahanan dan serangan, kami menyerang dengan sangat baik dan mungkin layak menang pada akhirnya,” kata pengendali Newcastle, Eddie Howe yang membawa masuk Bruno Guimaraes dan Anthony Gordon selepas rehat.

Ia merupakan tahun ketiga berturut-turut buat pemenang empat kali berturut-turut, City dari 2018 hingga 2021 tersingkir daripada kejuaraan lebih awal.

“Kami bermain permainan yang luar biasa, sebaliknya mereka pula yang menjaringkan gol. Tahniah kepada Newcastle,” kata pengendali Manchester City, Pep Guardiola.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved