NewJeans Bakal Terima Anugerah & Hadir Buat Persembahan Di Anugerah Billboard Wanita 2024

Music
9 Feb 2024 • 12:39 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

NewJeans akan menghadiri anugerah Billboard Wanita 2024.

Pada 8 Februari, Billboard telah mengumumkan bahawa NewJeans akan membuat persembahan di anugerah tersebut, sekaligus menyertai barisan selebriti-selebriti wanita terkenal termasuk Karol G, Charli XCX, Ice Spice dan ramai lagi.

Malah, kumpulan yang terkenal dengan lagu “Hype Boy” dan “Super Shy” itu juga akan menerima anugerah ‘Kumpulan Terbaik Tahunan’ dalam acara anugerah tersebut.

Untuk pengetahuan semua, anugerah Billboard Wanita ini merupakan acara tahunan yang diadakan untuk menghargai pencapaian wanita di dalam industri muzik.

Acara yang menampilkan barisan penyanyi terkenal termasuk NewJeans ini akan ditayangkan secara siaran langsung di atas talian pada 7 Mac 2024.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.