Nga Kor Ming kongsi gambar Jalur Gemilang gergasi di pejabat DAP -“Kita saudara-mara”

LocalPolitics
26 Aug 2025 • 11:11 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Menjelang sambutan Hari Kebangsaan ke-68 pada 31 Ogos ini, Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP, Nga Kor Ming tampil berkongsi semangat patriotik di media sosial.

Nga Kor Ming kongsi gambar bendera gergasi

Menerusi ciapannya di platfrom X, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkenaan telah memuat naik gambar Jalur Gemilang gergasi yang dipasang di pejabat DAP.

image is not available

Nga Kor Ming anggap Jalur Gemilang simbol kebersamaan

Dalam hantaran tersebut, Kor Ming menegaskan bahawa Jalur Gemilang adalah simbol kebersamaan rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama.

“Sayangi tanah airku. Cintai Malaysia. Kita perpaduan. Kita keharmonian. Kita saudara-mara,” tulisnya.

image is not available

Beliau turut menambah mesej penuh makna sebagai peringatan kepada rakyat tentang pentingnya mengekalkan keharmonian negara.

“Inilah Kita. Inilah Malaysia,” ujarnya lagi.

image is not available

Sebelum ini, isu berkenaan pemasangan Jalur Gemilang secara terbalik kerap menjadi perbualan hangat di media sosial.

Perkara tersebut sudah tentu menyemai perasaan tidak puas hati rakyat Malaysia lebih-lebih lagi menjelang hari kemerdekaan.

Sumber: X Nga Kor Ming