Nga Kor Ming Terima Ugutan, Nota Bertaburan Di Kediaman Ibu Bapa

7 Mar 2024 • 7:12 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Ibu kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming terima ugutan apabila beberapa nota bertulis “Nga Kor Ming Jangan Cabar Islam” ditabur di hadapan kediamannya.

Kertas ditemui ketika ambil surat khabar

Memetik laporan dari Harian Metro, wanita berusia 76 tahun itu meluahkan kebimbangan apabila nota tersebut ditemui sekitar jam 7.30 pagi sewaktu keluar di hadapan rumah untuk mengambil surat khabar di Jalan Ling Sing Hang, Ayer Tawar, Manjung.

image is not available

Nga Kor Ming terima ugutan, ibu sedar ada tulisan di kertas ketika sapu sampah

Pada awalnya, dia menyangka nota-nota tersebut hanya kertas kosong dibuang individu tidak bertanggungjawab namun sekitar 9.30 pagi warga emas berkenaan baru menyedari tentang tulisan yang ada di kertas terbabit.

“Kira-kira 9.30 pagi saya keluar untuk menyapu kertas terbabit, ketika itulah saya sedar terdapat tulisan berwarna merah bertulis “Nga Kor Ming jangan cabar Islam.

Ada kira-kira 40 helai kertas dan semuanya tertera nota yang sama. Oleh sebab risau dan takut jika berlaku perkara tak diingini, saya dan suami membuat laporan di Balai Polis Ayer Tawar,” katanya.

image is not available

Nga Kor Ming terima ugutan, ibu harap tak jadi sasaran politik

Jelasnya, dia dan suami yang sudah berusia 86 tahun hanya ingin hidup tenteram seperti orang lain dan berharap tidak menjadi sasaran politik kebencian mana-mana pihak.

“Kami hidup secara low profile (tidak menonjolkan diri), kejadian seumpama ini turut pernah berlaku beberapa tahun lalu.

“Politik adalah politik, tolonglah jangan gunakan cara begini untuk ugut orang tua,” katanya.

image is not available

Sebelum ini, Ketua Polis Daerah Manjung Asisten Komisioner Mohamed Nordin Abdullah membaklumkan yang pihaknya menerima laporan daripada ibu Kor Ming berhubung kejadian itu pada 10.15 pagi.

Setakat ini, kes disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan.

Sumber: Harian Metro (Muhamad Lokman Khairi)