Ngeh mohon maaf, tarik semula cadangan lantik pakar bukan Islam

LocalPolitics
30 Dec 2023 • 9:18 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Beruas Datuk Ngeh Koo Ham hari ini memohon maaf berhubung cadangannya supaya kerajaan melantik pakar daripada orang bukan Islam untuk membantu Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi Dewan Undangan Negeri (DUN) menggubal undang-undang Islam.

Ngeh turut menarik semula cadangannya itu, dengan menjelaskan beliau tidak mengetahui bahawa jawatankuasa khas itu sebenarnya dibentuk Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) yang dipengerusikan oleh Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

“Oleh itu, saya dengan ini menarik balik cadangan saya dan memohon maaf dengan tulus hati. Saya tiada niat langsung untuk campur tangan dalam hal ehwal agama Islam,“ katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam, Sultan Sharafuddin bertitah mengingatkan rakyat khususnya yang bukan beragama Islam agar menghormati dan tidak mencampuri urusan berkaitan hal ehwal agama Islam di negara ini.

Sultan Selangor turut bertitah bahawa MKI memegang amanah dan tanggungjawab bagi melaksanakan segala hal ehwal berkaitan umat Islam serta dianggotai oleh pakar-pakar yang arif dalam pelbagai bidang khususnya melibatkan undang-undang dan agama Islam.

Justeru, baginda mengharapkan agar ahli politik khususnya yang bukan beragama Islam tidak terus-menerus mencampuri urusan hal ehwal agama Islam. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved