Ngeri, Dua Lelaki Maut Digilis Bas, Diseret Sejauh 15 Meter

18 Jan 2023 • 9:48 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Ngeri, Dua Lelaki Maut Digilis Bas, Diseret Sejauh 15 Meter

Dua pemuda di daerah Jembrana di Indonesia dilaporkan maut dalam satu kejadian kemalangan digilis bas selepas diseret kira-kira 15 meter bersama motosikal pada Ahad.

Memetik Kompas.com, Ketua Polis Putu Raka Daerah Melaya Putu Raka Wiratma berkata kejadian ngeri itu berlaku di Melaya, Daerah Jembrana di Bali.

Motosikal itu dipandu dari arah timur ke barat di Jalan Raya Denpasar-Gilimanuk, di lokasi kejadian di Kampung Tuwed.

Menurutnya, motosikal yang dinaiki mangsa bertembung dengan bas ketika cuba memotong kenderaan di hadapannya.

Secara tiba-tiba bas tersebut muncul dari arah bertentangan.

“Kedua-dua mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya ketika mengesahkan kejadian pada Isnin.

Tambahnya, mangsa menunggang motosikal jenis Honda dan membawa seorang pembonceng bersamanya ketika kemalangan berlaku.

Tambah Wiratma, siasatan telah dijalankan dan punca kemalangan maut masih disiasat pihak Unit Trafik Polis Jembrana.

“Kami telah menjalankan siasatan awal di tempat kejadian dan mendapatkan bukti kedua-dua kenderaan itu,” ujarnya.

Sumber: Kompas.com

View Original Article