“Ngilu Macam Besi” – Wanita Terkejut Jumpa Skru Dalam Nuget

Entertainment
27 Jan 2023 • 5:31 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Skru besi - Oh! Media

Tular di media sosial mengenai posting yang dimuat naik oleh seorang wanita yang menemui skru besi dalam salah satu nuget yang dimakannya. Weh, seriuslah?

Posting yang telah tular di Facebook itu mendapat perhatian ramai berikutan kejadian yang megejutkan itu.

Order lain dapat lain

image is not available

Menurut wanita tersebut, dirinya telah memesan nuget daripada sebuah premis makanan. Selepas menikmati beberapa keping nuget, dia menjumpai dawai besi yang seakan-akan skru di dalam salah satu nuget yang dimakannya.

Ini bukan kes masak tak jadi. Ini kes makan tak jadi! Biasalah kita, cicah sos terus masuk mulut. Masuk nuget ketiga ke empat, aku rasa aku kunyah benda keras, ngilu. Macam besi weh!

Wanita tersebut telah membuat aduan kepada pihak premis makanan. Namun, pihak restoran itu menyalahkan pengilang pengeluaran nuget tersebut. Haih, nasib tidak jadi apa-apa.

Kredit: Facebook

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media