NGO alam sekitar sokong kerajaan hentikan permohonan Lesen Pelanggaran

LocalEnvironment
3 Sep 2026 • 1:34 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: NGO alam sekitar sokong kerajaan hentikan permohonan Lesen Pelanggaran
Ahmad berkata, tindakan sedemikian selaras dengan komitmen berterusan dalam memelihara kualiti udara negara demi kesejahteraan dan kesihatan awam.

KUALA LUMPUR - Pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Persatuan Ekologi Malaysia (PEM) menyokong penuh tindakan kerajaan yang menghentikan permohonan baharu Lesen Pelanggaran di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 2014 (PUB 2014) bermula 1 Januari 2027.

Presiden PEM, Prof Dr Ahmad Ismail berkata, tindakan sedemikian selaras dengan komitmen berterusan dalam memelihara kualiti udara negara demi kesejahteraan dan kesihatan awam.

"Undang undang mesti diperkasakan mengambil kira kesejahteraan manusia dan alam sekitar terutamanya kepelbagaian biologi. Salah tindakan akan mendatangkan bencana yang memberikan kesan kepada ekonomi negara.

“PEM sentiasa menyokong pemerkasaan undang-undang demi kesihatan manusia, keseimbangan dan sistem ekologi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebelum ini, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Datuk Seri Arthur Joseph Kurup berkata, permohonan baharu Lesen Pelanggaran di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 2014 (PUB 2014) tidak lagi dipertimbangkan berkuat kuasa serta-merta bagi memastikan penguatkuasaan penuh peraturan itu bermula 1 Jan 2027.

Arthur berkata, keputusan itu bertujuan memastikan komitmen berterusan kementerian melalui Jabatan Alam Sekitar (JAS) dalam memelihara kualiti udara negara demi kesejahteraan dan kesihatan awam.

Mengulas lanjut, Ahmad menjelaskan, undang-undang yang ada mesti diperkasakan, dipantau pelaksanaannya dan penguatkuasaan.

Katanya, pendidikan berkaitan alam sekitar khususnya pencemaran udara dan air mesti diteruskan dan diberikan kepada semua peringkat termasuk sekolah dan komuniti umum.

“Penglibatan NGO juga sangat penting dari segi pemantauan dan pendidikan dalam menyokong undang-undang yang ada,” katanya. - Awani

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved