NGO gesa gantung Adun Warisan Assaffal

Politics
18 Aug 2023 • 1:57 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Dewan Undangan Negeri (DUN) perlu mempertimbangkan untuk menggantung Adun Warisan Tungku Assaffal P. Alian kerana mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan dalam sidang DUN baru-baru ini bahawa Kerajaan Malaysia, bagi pihak Sabah, telah menyerahkan blok Ambalat di Sulawesi kepada Indonesia.

Sebuah NGO, Pengerusi Gerakan Kuasa Rakyat Malaysia (G57), Datuk Zulkarnain Mahdar berkata, apa yang dilakukan Assaffal adalah memfitnah kerajaan Persekutuan sehingga boleh menggugat ketenteraman awam serta menyusahkan rakyat Sabah.

Beliau berkata kenyataan Assaffal mempunyai unsur provokasi yang boleh merisikokan hubungan kukuh antara Malaysia dan Indonesia apabila negara itu merupakan negara jiran penting yang akan memindahkan ibu negaranya ke Kalimantan, berhampiran dengan Sabah.

“Assaffal membuat dakwaan serius pada 10 Ogos bahawa kerajaan Malaysia telah menyerahkan Blok Ambalat kepada Indonesia dan perkara sebegitu adalah isu sensitif dan cukup dekat di hati rakyat Sabah.

SPONSORED CONTENT Daily Express members: Enjoy 1 for 1 signature cocktails and more at Hyatt Centric Kota Kinabalu Kota Kinabalu: DAILY EXPRESS is partnering with Hyatt Centric Kota Kinabalu to offer an exclusive deal for our members. Read more “Malah Timbalan Menteri Luar Persekutuan Datuk Mohamad bin Alamin pada Selasa telah membidas Assaffal kerana mengeluarkan kenyataan sedemikian yang beliau (Mohamad) sifatkan sebagai tidak bertanggungjawab, memfitnah dan mengelirukan.

“Saya sangat bersetuju dengan Mohamad yang melihat kenyataan Assaffal juga mengancam kedaulatan negara, dan ini boleh membahayakan.

“Oleh itu, kami dalam G57 menggesa Assaffal untuk membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Kerajaan Perpaduan Persekutuan dan juga memohon maaf secara terbuka kepada kerajaan Sabah dan rakyat Sabah kerana menimbulkan syak wasangka, rasa tidak senang dan kebimbangan yang tidak perlu,” katanya.

Zulkarnain berkata demikian kepada pemberita selepas membuat laporan polis di ibu pejabat Polis Bandaraya di sini Rabu lepas, terhadap Assaffal kerana membuat kenyataan berbaur fitnah yang boleh menjejaskan ketenteraman awam dan mengelirukan rakyat Sabah untuk mempercayai apa yang dikatakan oleh Assaffal pada sidang DUN baru-baru ini.

Assaffal mendakwa bahawa Kerajaan Persekutuan, membuat keputusan bagi pihak Negeri, untuk menyerahkan blok Ambalat (yang mempunyai minyak) di Laut Sulawesi kepada Indonesia, berkata ia adalah salah satu daripada banyak kecuaian kerajaan Negeri yang membawa kepada kerugian.

Sebenarnya, kata Zulkarnain, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti yang dilaporkan oleh Berita Harian pada 24 Jun dengan jelas menyatakan bahawa tuntutan ke atas blok Ambalat belum diputuskan dan tidak ada perbincangan langsung mengenai blok Ambalat oleh Kerajaan Malaysia dan Indonesia.

Beliau berkata Mohamad telah berulang kali menjelaskan bahawa Malaysia dan Indonesia telah menandatangani perjanjian berhubung persempadanan laut wilayah melibatkan kedua-dua negara melalui triti Laut Sulawesi dan bukannya kawasan yang diisytiharkan sebagai Ambalat atau lebih 200 batu nautika yang dikatakan Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE).

“Ironinya, saya juga tertanya-tanya dari mana Assaffal mendapat maklumat bahawa kerajaan Malaysia telah menyerahkan Ambalat kepada Indonesia.

“Assaffal sepatutnya membuat semakan mengenai perkara sensitif sebelum bercakap mengenainya. Dia juga boleh mendapatkan akses untuk bertanya kepada Timbalan Menteri Luar yang juga rakan senegeri kita tentang fakta yang betul mengenai isu yang membabitkan kedaulatan negara,” katanya.

Menjawab soalan, Zulkarnain berkata beliau sedar sepenuhnya bahawa Assaffal sebagai ahli dewan undangan di DUN mempunyai kekebalan di mana beliau tidak boleh diambil tindakan undang-undang berhubung kenyataan yang dibuatnya di DUN.

Bagaimanapun, beliau percaya DUN mempunyai bidang kuasa ke atas ahli dewannya dan undang-undang khusus serta perintah tetap serta peraturan yang mesti dipatuhi termasuk mengenakan hukuman kepada mana-mana ahli yang didapati melakukan kesalahan atau melanggar undang-undang.

“Kami dalam G57 membuat laporan polis di sini terhadap Assaffal sebagai maklum balas kepada kenyataan rasmi Timbalan Menteri Luar Datuk Mohamad Bin Alamin dari Wisma Putra yang menafikan dakwaan fitnah dan tuduhan Assaffal pada 10 Ogos lalu di DUN.

“Sebab lain ialah kerana beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) telah bersetuju untuk memajukan laporan polis ini kepada Speaker Sabah bagi memohon satu jawatankuasa khas ditubuhkan bagi menyiasat Assaffal kerana sengaja mengeluarkan kenyataan tidak betul yang telah direkodkan dalam hansard serta kandungan kenyataannya yang dikeluarkan di Dewan yang mulia,” katanya.

Beliau berharap Assaffal digantung kerana tindakan beratnya mengeluarkan kenyataan provokasi yang boleh mengelirukan orang ramai dan menjejaskan ketenteraman dan keamanan awam.

Zulkarnain turut mencabar Assaffal mengeluarkan kenyataan sama di luar DUN jika berani berbuat demikian dan percaya dengan kata-katanya sendiri berhubung perkara serius itu.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.