NGO gesa kilang import stoking kalimah Allah tunaikan 3 tuntutan

19 Mar 2024 • 4:35 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Pertubuhan Pembina Malaysia, menuntut pihak pengurusan kilang yang terbabit dengan isu stoking kalimah Allah di Kawasan Perindustrian Sri Gading, Batu Pahat, menunaikan tiga tuntutan pihaknya dalam menyelesaikan isu tersebut.

Jurucakap Pembina, Azhar Ismail berkata, permintaan mereka adalah untuk kilang tersebut:

  • Mengakui kesilapan mereka dan memohon maaf secara terbuka dengan menaikkan sepanduk permohonan maaf diletakkan di depan premis kilang selama sebulan.
  • Memberi sumbangan atau bantuan kepada organisasi amal atau tempat yang memerlukan di Batu Pahat sebagai tanda penyesalan dan tanggungjawab sosial.
  • Membuat video permohonan maaf di semua platform media sosial.

Menurut Azhar, pihaknya kecewa dengan apa yang berlaku ini lebih-lebih lagi di bulan Ramadan.

Pembina turun mengadakan demonstrasi aman adalah bertujuan menunjukkan betapa marahnya umat Islam terhadap tindakan kilang tersebut.

“Kami ingin menunjukkan bahawa agama ini (Islam) mempunyai pengikutnya. Apa yang kami minta dalam memorandum ini bukanlah sesuatu yang keterlaluan, kami hanya meminta pengurusan kilang untuk memenuhi permintaan ini,” katanya.

Dia juga menyatakan kebimbangan bahawa jika tindakan tidak diambil, ia boleh mencetuskan kekacauan. Oleh itu, Pembina berharap agar pengurusan kilang akan mematuhi permintaan mereka.