NGO rancang kutipan khas buat anggota FRU terkorban, netizen beri sokongan penuh

LocalPolitics
15 May 2025 • 4:44 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Kutipan khas buat anggota

Pengasas Unit Khas Van Jenazah (UKVJ) yang dikenali sebagai Mr Wan Cai meluahkan hasrat mahu melancarkan kutipan khas buat anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang terkorban dalam nahas di Jalan Chikus–Sungai Lampam, Teluk Intan pada Selasa.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Wan Cai di laman Facebooknya, dia bertanya kepada pengikut dan orang ramai sama ada akan memberi sokongan sekiranya niat murninya itu dilaksanakan.

Kutipan khas buat anggota

image is not available

“Kalau saya lancarkan kutipan kilat khas buat semua anggota FRU yang terkorban, boleh tak pengikut saya dan rakyat Malaysia bantu?” soalnya.

Kutipan khas buat anggota

image is not available

Netizen beri sokongan

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan cadangan Wan Cai dan mereka akan memberi sokongan sepenuhnya demi membantu keluarga mangsa FRU yang terlibat.

image is not available

Semoga dipermudahkan urusan

image is not available

Sebelum ini, UKVJ dan tiga Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) iaitu Van Jenazah Teluk Intan (VJTI), Khidmat Insan Perak (KIP) dan Van Jenazah Wakaf Perlis (VJWP) bergabung demi fardu kifayah bagi menguruskan jenazah anggota FRU yang beragama Islam.

Terdahulu, dalam kejadian kira-kira jam 8.51 pagi Selasa di Kilometer 15 Jalan Sungai Manik-Sungai Lampam, Teluk Intan, sebuah lori membawa muatan batu kerikil dilaporkan mengalami kerosakan stereng sebelum memasuki laluan bertentangan dan merempuh lori FRU yang membawa 18 anggota.

Lapan anggota disahkan maut di lokasi kejadian, manakala seorang lagi meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Teluk Intan. Difahamkan, kumpulan FRU berkenaan dalam perjalanan pulang ke Ipoh selepas tugasan kawalan perarakan sempena sambutan Cithra Pournami.

image is not available

Sumber: Facebook @Mr Wan Cai Official