Pakaian rasmi kontinjen Paralimpik negara ke Paris 2024 menarik perhatian ramai apabila terserlah warna, corak dan reka bentuk pakaian tersebut.
Dalam erti kata lain, netizen bersetuju dengan pemilihan corak yang disifatkan sempurna.
Menerusi hantaran yang dikongsikan oleh Majlis Paralimpik Malaysia, satu sesi bergambar atlet paralimpik merasmikan pakaian rasmi mereka.

We are unveiling our latest outfit worn by the incredible Malaysian para-athletes for the Paris 2024 Paralympic Games!
Meet Muhammad Imaan Aiman from Para Swimming pic.twitter.com/UcWNgZY64l
Memilih putih sebagai warna latar baju dan ditambah dengan corak warna-warna pada bendera Malaysia, menyerlahkan lagi pakaian rasmi tersebut.
Rata-rata memuji usaha kreatif individu disebalik tabir yang menyiapkan corak pakaian itu.
“Serius cantik warna dia vibe paris, corak vibe harimau malaya. All the best atlet paralimpik Malaysia,” tulis Ryrie.
Sementara itu, netizen juga mendoakan kemenangan buat atlet paralimpik yang menyasarkan empat pingat emas dalam kejohanan tersebut.
Amacam onz x onz pakaian rasmi kontinjen Para negara ke Paris.
Sasaran Sukan Paralimpik, 4 pingat emas.@ASTROARENA pic.twitter.com/RTmGA0o3km
Sumber: Paralympic Council Malaysia, karlnunis
The post ‘Ni baru on!’ – Netizen puji pakaian rasmi atlet Paralimpik ke Paris appeared first on The Reporter.
