“Ni Bukan Buku Skrap” – Ibu Hamil Conteng & Warna Buku Pink Undang Perhatian

Family & Parenting
3 Sep 2026 • 11:47 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Baru-baru ini, seorang jururawat dikenali sebagai Izatul Nisya telah berkongsi carta pergerakan janin dari buku pink milik seorang ibu hamil.

Apa yang mengundang perhatian apabila wanita mengandung tersebut telah bertindak menconteng di bahagian rekod pergerakan janin menggunakan marker berwarna walhal ia hanya perlu ditandakan dengan simbol semak (✓) sahaja.

Malah cara penandaan buku itu juga sudah dijelaskan di ruangan arahan dan panduan iaitu tandakan (✓) dalam kotak setiap kali mengesan pergerakan atau tendangan bayi.

Bukan menggunakan satu jenis warna sahaja, tetapi buku pink itu dilihat penuh warna-warni disebabkan penggunaan warna yang pelbagai.

Image from: “Ni Bukan Buku Skrap” – Ibu Hamil Conteng & Warna Buku Pink Undang Perhatian

Jururawat Tegur Tindakan Ibu Hamil Warnakan Buku Pink

Menyedari perkara itu, Izatul menerusi ruangan kapsyen telah menegur ibu hamil untuk tidak sesekali menconteng atau mewarna buku pink seperti gambar dikongsikan di atas.

Hal ini kerana, buku pink merupakan dokumen rasmi kerajaan untuk merekod kesihatan ibu dan perkembangan bayi semasa kehamilan. Tambahan pula, buku itu juga mempunyai pelbagai maklumat kesihatan ibu dan anak yang bersifat sulit.

Ia mengandungi identiti, alamat, sejarah keguguran, keputusan ujian, penyakit dan maklumat keluarga.

Buku Pink Boleh Jadi Rujukan & Dibawa Ke Mahkamah

Dalam masa sama, buku pink juga boleh dibawa dan dijadikan rujukan di mahkamah sekiranya diperlukan.

“Untuk semua ibu hamil, jangan atau dilarang keras tanda gerak anak dalam buku pink atau antenatal awak begini ya.

“Baris atas sekali jururawat dah ajar macam mana nak tanda. Eh, baris bawah sampai seterusnya boleh pula dia warna-warni kehidupan.

“Sebab ini dokumen kerajaan, boleh dibawa ke mahkamah jika ada keperluan. Pening kepala jururawat tengok pelangi warna (dalam buku pink),” katanya.

Ada Ibu Yang Cantikkan Buku Pink Macam Buku Skrap Sekolah

Perkongsian ini kemudiannya telah mendapat perhatian ramai netizen. Kreativiti dan kerajinan si ibu untuk mencantikkan buku pink dengan marker berwarna turut dipersoalkan.

“Kau buat macam diari ya ibu. Gila luar kotak pemikiran dia,” kata seorang wanita.

Malah ada yang berkata, terdapat golongan ibu pada satu ketika dahulu siap menubuhkan komuniti di laman Facebook dan berpakat untuk mencantikkan buku pink mereka dengan pensel berwarna seolah-olah ia adalah buku skrap sekolah.

View on Threads

Pakai Dakwat Pen Biru Atau Merah Sahaja Untuk Isi Dokumen Kerajaan

Sementara itu, ada juga yang berkongsi tentang jenis dan warna dakwat yang boleh digunakan untuk mana-mana dokumen kerajaan termasuklah buku pink.

“Tambahan ilmu juga untuk semua yang rajin berurusan dengan jabatan kerajaan ni. Mana-mana dokumen kerajaan termasuklah kad klinik semua pakai pen dakwat biru atau hitam. Isi apa-apa borang pun begitu juga. Kalau ikutkan, tak boleh pakai correction liquid (pemadam cecair) pun,” kata seorang ahli pemakanan.

Berikut antara komen-komen netizen:

Image from: “Ni Bukan Buku Skrap” – Ibu Hamil Conteng & Warna Buku Pink Undang Perhatian
Image from: “Ni Bukan Buku Skrap” – Ibu Hamil Conteng & Warna Buku Pink Undang Perhatian
Image from: “Ni Bukan Buku Skrap” – Ibu Hamil Conteng & Warna Buku Pink Undang Perhatian
Image from: “Ni Bukan Buku Skrap” – Ibu Hamil Conteng & Warna Buku Pink Undang Perhatian
Image from: “Ni Bukan Buku Skrap” – Ibu Hamil Conteng & Warna Buku Pink Undang Perhatian
Image from: “Ni Bukan Buku Skrap” – Ibu Hamil Conteng & Warna Buku Pink Undang Perhatian
Image from: “Ni Bukan Buku Skrap” – Ibu Hamil Conteng & Warna Buku Pink Undang Perhatian
Image from: “Ni Bukan Buku Skrap” – Ibu Hamil Conteng & Warna Buku Pink Undang Perhatian
Image from: “Ni Bukan Buku Skrap” – Ibu Hamil Conteng & Warna Buku Pink Undang Perhatian
Sumber: Threads

Baca Artikel Berkaitan: Status Perkahwinan Bukan Penghalang, Doktor Jelaskan Mitos Berkaitan Buku Pink [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Doktor Perjelas Kenapa Buku Pink Penting Buat Ibu Hamil. Take Note!

Baca Artikel Berkaitan: “Ala RM 3 Juta Je..” – Guna Alasan Baby Mengidam, Wanita Hamil Merajuk Suami Taknak Beli Lamborghini

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved