“Ni Bukan Gaduh La, Cuma Salah Faham Sikit” – Mamat Harap Jep & Shuib Tak Berpecah

9 Mar 2023 • 2:51 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pelawak, Mamat Sepah tampil memberi respon mengenai dakwaan wujud perselisihan faham membabitkan dua sahabatnya, Jep dan Shuib.

Menerusi temubual bersama Mstar, Mamat atau nama sebenarnya Mohd Noor Murad mengakui terkejut apabila mengetahui perkara itu.

Saya nak komen lebih-lebih pun tak boleh sebab saya tak ada di pentas mereka, tapi mereka sahabat baik saya dan ini satu dugaan untuk mereka sebab selama ni nak sangat jadi popular.

Bukan itu sahaja, Mamat turut memaklumkan dia sangat mengenali kedua sahabatnya itu dan yakin mereka tidak mungkin akan bergaduh walau apa juga yang terjadi.

Saya kenal Shuib dan Jep memang rapat, diorang lah paling ngam. Diorang mesti boleh settle dengan baik.

Malah, dia juga berharap agar Jep dan Shuib tidak memutuskan untu berpecah kerana menganggap isu ini boleh diselesaikan dengan baik.

Saya harap jangan la berpecah sebab sakit sebenarnya kalau berpecah macam saya dulu pernah lalui.

Dalam pada itu, dia turut meminta netizen untuk tidak membuat sebarang spekulasi mengenai salah faham yang berlaku di antara mereka.

Kepada orang di luar atau netizen yang tak tahu cerita jangan tokok tambah atau buat spekulasi yang bukan-bukan, sebab saya tahu mereka bagaimana.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 4 hari lalu

Isu Keluar 'SRL', Jep Dedah Rupanya Shuib Tak Puas Hati Digantung Sebab Aksi Lucah Parut Kelapa

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved