“Ni Bukan Minat, Ni Dah Obses Dah Ni” – Gadis Bawa Foto Artis K-Pop Depan Kaabah Dikecam Netizen

EntertainmentMusic
26 Oct 2022 • 12:14 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Astaghfirullah, makin pelik ya orang zaman sekarang ni. Dalam beribadah pun masih lagi duk fikirkan dunia dan hiburan.

Tular satu video di TikTok memaparkan seorang gadis yang sedang menunaikan ibadah umrah di Makkah sehinggakan menjadi bualan dalam kalangan netizen.

image is not available

Menerusi video tersebut, gadis itu dilihat membawa dan memegang gambar seorang penyanyi K-pop ke mana sahaja dia pergi sepanjang melakukan ibadah umrah di Tanah Suci.

Lebih mengejutkan, gadis tersebut juga membawa gambar penyanyi K-pop tersebut sambil berdoa di hadapan Kaabah.

image is not available

Di ruangan komen, rata-rata netizen mengecam tindakan gadis tersebut yang dilihat seperti terlalu taksub terhadap penyanyi daripada Korea Selatan itu.

image is not available

image is not available

image is not available

Allahu, dalam beribadah pun duk fikir lagi pasal hal dunia macam ni. Adakah dia lupa niat sebenarnya dia ke sana? Sama-sama kita jadikan pengajaran.

Kredit: TikTok naaxminsgv

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media