Ni Cara Baharu ‘Parking’ Kereta Ke?

Cars
14 Apr 2024 • 10:05 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Tangkap layar sebuah kereta dipercayai model Myvi yang 'dipakirkan' atas pembahagi jalan. - gambar media sosial

Musim perayaan ni, macam-macam gelagat boleh dilihat apabila ramai yang ke sana ke mari untuk beraya.

Selain terpaksa duduk dalam kereta berjam-jam menempuh kesesakan jalan raya, ada juga yang menunjukkan ‘skill’ meletakkan kereta.

Beberapa wanita menarik perhatian orang awam apabila kereta dinaiki mereka ‘diletakkan’ di atas pembahagi jalan ketika mereka keluar beraya baru-baru ini.

Tidak pasti sama ada mereka tidak perasan pembahagi jalan itu tinggi atau berlaku kemalangan sebelum itu, yang pasti kejadian berkenaan dirakam pengguna jalan raya sebelum dimuat naik ke media sosial dan menjadi tular.

Nampaknya, cik akak ni kena belajar balik macam mana untuk memakirkan kereta. – Getaran, 14 April 2024

@getaranmy Tumpukan perhatian kepada pemanduan, elakkan perkara tak menguntungkan. #getaranmy #viral ♬ When a Cat Owns the Room - Official Sound Studio