“Ni Dah Tak Ada Rupa Ayam Dah – ”Pelanggan Kecewa Kualiti ‘Chicken Wrap’ Merudum

LocalFood
15 Oct 2024 • 5:27 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Seorang wanita meluahkan rasa kecewa di akaun TikTok miliknya apabila kualiti ‘chicken wrap’ di Sungai Besar merudum selepas menjadi tular.

Menerusi video selama 42 saat tu, dia mendedahkan dia pernah membeli makanan dari kedai itu beberapa kali kerana isi ayamnya yang padat serta sayur yang dipotong dengan elok.

Hari tu masa viral elok je. Isi ayam, potong sayur pun cantik. Ini bila dah ramai orang, sayur pun potong besar gajah, sos penuh, ayamnya tak jadi ayam dah. Dah macam sosej ayam ke apa tak tahu lah.

Dia berkata ini merupakan kali ketiga dia membeli dan inilah detik dia kecewa dengan kualiti makanan itu.

RM6.50 macam ni? Lepasni kedai tak ramai mula la cakap kedai kena buatan orang.

@ramlah1909 Dari org beratur amai dh tak laku, patut pon laaa why..why!!! jarang la nk marah2 ni , kite dh la lapar bayar 6.50 untuk kenyang tp marah je yg dpt lokasi : SG BESAR, Sel #foodreview #bad ♬ original sound – Ramlah AIA takaful

Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.

image is not available 2 days ago

“Temberang Lah Kau Ni Kak..” - Peniaga Salah Guna Minyak Subsidi Diserbu KPDN Melaka

 

View Original Article