"Ni Ke Perangai Negara Kelas Pertama?" - Warga Singapura Mengamuk Ditegur Isi Minyak Dalam Tong

21 Jun 2023 • 12:17 PM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

image is not available

Viral sebuah video menunjukkan dua lelaki dipercayai warga Singapura bergaduh dengan seorang penghantar makanan di sebuah stesen minyak di sekitar Iskandar Puteri dekat sini malam semalam.

Difahamkan, kedua-dua lelaki Singapura itu bertindak berang setelah ditegur penghantar makanan terbabit ketika cuba mengisi minyak menggunakan tong.

Menerusi rakaman video pendek itu turut menunjukkan dua anggota polis bantuan dilihat cuba menenangkan keadaan.

Salah seorang daripada lelaki itu juga bertindak membuka bahagian belakang kenderaan sebelum mengeluarkan disyaki sebatang pengunci streng dipercayai cuba melakukan provokasi kepada rider berkenaan.

Polis bantuan berkenaan meminta kad pengenalan rider berkenaan sebelum kedua-dua lelaki itu cuba menyerang rider sekali lagi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved