“Ni Kursus Berbini Dua Ke Ni?” – Netizen Jumpa ND Lala Beri Ceramah Di Kursus Kahwin

7 Jun 2023 • 3:16 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Penyanyi era 80-an, Datuk ND Lala mengundang persoalan ramai apabila dilihat menyampaikan ceramah di kursus pra perkahwinan.

Menerusi video yang dimuat naik seorang individu di TikTok, bapa kepada Shila Amzah itu dipercayai sedang memberikan perkongsian mengenai cara untuk menggandakan pendapatan.

image is not available

Perakam meletakkan latar belakang muzik ‘funny’ menyatakan kehadiran penyanyi itu seperti tak kena. Di ruangan komen, ada yang mengaitkan penyanyi ini dengan kontroversi berkahwin dua yang hangat diperkatakan.

Netizen meninggalkan komen mempersoalkan adakah dia ada memberi tips untuk berpoligami tanpa pengetahuan isteri pertama. Tak baik tau ungkit..

image is not available

image is not available

Terdahulu, nama Datuk ND Lala menjadi kontroversi selepas isteri pertama, Datin Fauziah Sarman memperkenalkan madunya dikenali sebagai Siti Munirah Abd Ghani.

Lebih mengejutkan apabila Siti Munirah merupakan sahabat baik kepada Shila Amzah semasa sekolah menengah.

Kredit: TikTok @adlnshzwnie

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.