“Ni Sebenarnya Jiwa Ustaz Kan” – Buat Parodi ‘Shark’ KL Gangster, Ebit Lew Tampil Tanpa Kopiah Jadi Perhatian

Entertainment
16 Apr 2024 • 10:05 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, melalui platform TikTok pendakwah sensasi Ebit Lew, dia memuat naik satu video parodi dialog Syamsul Yusof dalam filem KL Gangster yang telah membuatkan dirinya meraih perhatian ramai.

Berlakon ala-ala watak Shark

Dalam video yang dimuat naik, Ebit mengikut gerak bibir dialog watak Shark yang dilakoni oleh Syamsul Yusof atas tujuan untuk bergurau senda bersama pengikutnya di platform berkenaan.

Difahamkan, tujuan asal Ebit melakukan video parodi tersebut kerana mahu memberi duit raya kepada pengikutnya yang bertuah jika meninggalkan komen di ruangan komen video terbabit.

Penampilan ‘baru’ jadi perhatian

Namun begitu, penampilannya yang muncul tanpa berkopiah telah membuat beberapa netizen ‘terkejut’ kerana kelihatan berbeza daripada penampilan sebelum ini.

image is not available

Sekadar info, ketika ini Ebit Lew terpalit dalam kes gangguan seksual yang masih dibicarakan di dalam mahkamah.

image is not available 2 months ago

"Rasa Berdosa Pada Suami, Belakang Dia Saya Layan Ustaz" - Wanita 40-an Kesal Turuti Permintaan Ebit Lew