“Ni Semua Basic Knowledge Kot..” – Netizen Risau ‘Gen Z’ Tak Kenal Perdana Menteri Pertama

25 May 2023 • 3:33 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Generasi muda merupakan penentu masa hadapan sesebuah negara, namun kajian mendapati 72 peratus anak muda tidak lagi berminat untuk menyambung pengajian selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Menurut laporan Berita Harian, anak muda zaman sekarang lebih cenderung untuk terus bekerja memandangkan ekonomi negara semakin meningkat.

Perkara ini secara tidak langsung telah mengundang kerisauan orang ramai yang bimbang terhadap nasib negara dan masa hadapan generasi zaman sekarang.

Terkini, tular pula di laman Twitter mengenai sebuah hantaran video memaparkan seorang lelaki yang membuat temu bual bersama golongan generasi muda.

Menerusi video tersebut, lelaki berkenaan telah membuat perbandingan gambar antara penyanyi berasal dari Korea, Lisa Blackpink dan perdana menteri Malaysia pertama, Tunku Abdul Rahman.

Namun, golongan generasi muda di dalam video tersebut hanya mengenali artis korea berkenaan dan tidak mengenali bapa kemerdekaan Malaysia itu.

Meninjau di ruangan balas, rata-rata pengguna media sosial telah meluahkan rasa bimbang terhadap generasi muda zaman sekarang kerana tidak mengetahui ilmu asas sejarah Malaysia.

Bukan itu sahaja, ada juga segelintir pihak yang meluahkan kekecewaan dan rasa sedih melihat pengetahuan generasi muda yang semakin cetek.

Malah, netizen turut mempersoalkan sama ada mereka tidak membaca buku-buku sejarah dan mempersoalkan mengenai keputusan SPM mereka.

image is not available

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 1 hari lalu

Tinggal 4 Hari Lagi, Jika Muhammad Hawari Tidak Dijumpai Pencarian Hanya Boleh Disambung Tahun Depan