“Ni Tunggu Masa Je Mummy Dia Pun Kalah” – Kecantikan Anak Che Ta Tarik Perhatian Netizen

21 Sep 2022 • 4:21 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Anak kepada pelakon terkenal tanah air Rozita Che Wan, Aaisyah Dhia Rana baru-baru ini memuat naik satu video yang menarik perhatian netizen.

Menerusi posting yang dibuat di akaun Instagram miliknya, dapat dilihat Aaisyah menggayakan gaun yang digandingkan bersama ‘varsity jacket‘.

Video itu mendapat komen positif oleh warganet yang rata-ratanya memuji kecantikan anak kepada pelakon itu.

“Cantiknya! Ni tunggu masa je mummy dia pun kalah ha,” ujar seorang netizen.

“MasyaAllah indahnya anak Che Ta,” kata seorang lagi warganet.

image is not available

Sekadar info, Aaisyah merupakan anak ketiga pelakon Rozita Che Ta hasil perkahwinan bersama Zain Saidin pada tahun 2013.

Selain itu, kami kongsikan artikel berkaitan pada pautan di bawah:

image is not available 22 jam lalu

"Boleh Sangat!" - Netizen Sokong Che Ta Hamil Sekali Lagi