Nia Ramadhani Berpesta Sakan Sehari Sebelum Puasa, Netizen Kata Tak Sesuai Dengan Nama

Entertainment
13 Mar 2024 • 3:17 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Pelakon Nia Ramadhani mencetus kontroversi kerana berpesta sakan bersama rakannya pada sehari sebelum menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadan.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Nia Ramadhani telah memuat naik beberapa foto memaparkan pelakon itu yang memakai pakaian menjolok mata.

Tidak cukup dengan itu, Nia Ramadhani juga memuat naik satu video memaparkan dia sedang menyanyi sambil menari untuk menghiburkan orang ramai yang sedang menontonnya.

Pada video tersebut, pelakon berusia 34 tahun itu kelihatan mendekati seorang penonton lelaki lalu menari bersamanya tanpa berasa segan silu.

Nia Ramadhani berpesta sakan sehari sebelum puasa

image is not available

“Pengalaman pertama dapat daripada karaoke. Tak sangka dapat sambutan yang hangat daripada semua orang.

“Terima kasih buat semua kawan-kawan saya yang tetap menyambut saya bila datang ke meja kalian, buat-buat kenal gitu,” katanya pada ruangan kapsyen.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengecam tindakan Nia Ramadhani dan menganggap tindakannya itu seakan-akan tidak menghormati bulan Ramadan.

Suami tak tegur ke

image is not available

Tak sesuai dengan nama

image is not available

Sayang gelaran hajah tu…

image is not available

Sepatutnya nama sejajar dengan bulan mulia ni

image is not available

Sepatutnya lebihkan akhirat

image is not available

Hati-hati buat posting

image is not available

Tak manis rasanya berkongsi gambar macam tu malam sebelum puasa yang pertama.

Sumber: Instagram Nia Ramadhani