Niaga hadapan emas ditutup lebih rendah

Business & Finance
11 Aug 2023 • 8:19 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Foto hiasan

KONTRAK niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini, menjejaki prestasi niaga hadapan emas di Bursa Komoditi New York (Comex) Amerika Syarikat dalam tempoh semalaman, kata seorang peniaga.

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta bagi Ogos 2023 menyusut kepada AS$1,921.20 bagi setiap auns troy daripada AS$1,922.30 pada Khamis, manakala September 2023 turun AS$1,931.50 bagi setiap auns troy daripada US$1,932.60 sebelum ini.

Kontrak Oktober 2023, November 2023, Disember 2023 dan Februari 2024 masing-masing ditutup pada AS$1,939.70 bagi setiap auns troy.

Jumlah dagangan meningkat kepada 91 lot daripada 18 lot pada Khamis, manakala kepentingan terbuka menokok kepada 175 kontrak daripada 113 kontrak semalam.

Harga emas fizikal adalah pada AS$1,920.90 bagi setiap auns troy seperti yang dikeluarkan Persatuan Pasaran Jongkong London berdasarkan penetapan selepas tengah hari pada 10 Ogos. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved