Niaga hadapan emas ditutup lebih tinggi

Business & Finance
9 Feb 2026 • 8:48 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Kontrak Derivatives ditutup lebih tinggi pada Isnin, menjejaki kenaikan harga emas di pasaran Bursa Komoditi New York (Comex) Amerika Syarikat (AS). Gambar hiasan

KONTRAK Derivatives ditutup lebih tinggi pada Isnin, menjejaki kenaikan harga emas di pasaran Bursa Komoditi New York (Comex) Amerika Syarikat (AS).

Pada akhir dagangan, kontrak bulan semerta Februari 2026 meningkat kepada AS$5,037.70 setiap auns troy daripada AS$4,877.90 pada Jumaat, manakala kontrak Mac 2026 naik kepada AS$5,055.20 setiap auns troy daripada AS$4,895.40.

Kontrak April 2026 dan Mei 2026 turut meningkat kepada AS$5,072.90 setiap auns troy berbanding AS$4,912.20 sebelum ini.

Kontrak Jun 2026 dan Ogos 2026 juga mengukuh, masing-masing ditutup pada AS$5,106.80 setiap auns troy berbanding AS$4,912.20 pada Jumaat.

Jumlah dagangan menyusut pada 12 lot daripada 52 lot pada Jumaat, manakala kepentingan terbuka berkurang kepada 99 kontrak daripada 151 kontrak sebelum ini.

Harga emas fizikal berada pada AS$4,948.00 setiap auns troy, mengikut penetapan London Bullion Market Association pada 6 Februari, 2026. - Bernama

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved