Niaga hadapan emas ditutup rendah

Business & Finance
27 Mar 2023 • 9:48 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Isnin dengan sejumlah 105 lot diniagakan.

KONTRAK niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Isnin dengan sejumlah 105 lot diniagakan.

Kontrak niaga hadapan emas bagi bulan semerta Mac 2023 meningkat kepada AS$1,964.50 setiap troy auns (AS$1=RM4.4190).

Kontrak bagi April 2023, Mei 2023, Jun 2023, Ogos 2023 dan Oktober 2023 semuanya berada pada AS$1,970.90 setiap troy auns.

Harga emas fizikal berada pada AS$1,993.80 setiap troy auns seperti yang diterbitkan oleh London Bullion Market Association pada 24 Mac, 2023. - Bernama