
KUALA LUMPUR: Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives diniagakan rendah semasa awal dagangan pagi pada Rabu.
Pada 9.20 pagi, Mei 2023 turun 9.0 mata kepada 1,416.50; Jun 2023 kurang 7.5 mata kepada 1,418.00; September 2023 susut 8.0 mata kepada 1,407.00 dan Disember 2023 menguncup 8.0 mata kepada 1,409.00.
Jumlah dagangan sebanyak 1,263 lot, manakala kepentingan terbuka pada 39,340 kontrak.
Sementara itu, FBM KLCI yang menjadi penanda aras pasaran adalah 5.21 mata lebih rendah kepada 1,420.90 selepas 20 minit dagangan, berbanding 1,422.87 ketika ditutup pada Selasa.-Bernama
