Niat Beli Pisang Bertukar Tragedi, Warga Emas Maut Ketika Lintas Jalan Di Petra Jaya

8 Jun 2023 • 4:40 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Takziah diucapkan kepada keluarga mangsa

Niat Beli Pisang Bertukar Tragedi, Warga Emas Maut Ketika Lintas Jalan Di Petra Jaya. Seorang lelaki berusia 70 tahun maut selepas dirempuh sebuah kereta di Jalan Datuk Haji Daud Bin Abdul Rahman, Petra Jaya sekitar jam 10.50 pagi hari ini.

Menurut sumber, sebelum kemalangan itu, arwah dari Kampung Bungey, Debak telah memberhentikan keretanya di sebelah kiri jalan utama menghala ke Matang Jaya.

image is not available
Niat Beli Pisang Bertukar Tragedi, Warga Emas Maut Ketika Lintas Jalan Di Petra Jaya. Kredit: Borneo Network

Laporan dari Srawak Update memaklumkan mangsa telah memberhentikan keretanya di seberang jalan dan lalu melintas jalan untuk membeli buah pisang.

image is not available

Mangsa dilanggar ketika hendak lintas jalan.

Anggota perubatan dari Hospital Umum Sarawak mengesahkan lelaki itu meninggal dunia di tempat kejadian.

image is not available
Kredit: Sarawak Edition

Pihak polis telah dihubungi untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Baca lagi artikel menarik: