Niat Buat Amal Jariah, Peniaga Jual Nasi Lemak Dengan Lauk RM2.50 & Air Serendah RM0.30 Raih Pujian [Video]

LocalFood
12 May 2026 • 1:08 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Image from: Niat Buat Amal Jariah, Peniaga Jual Nasi Lemak Dengan Lauk RM2.50 & Air Serendah RM0.30 Raih Pujian [Video]

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Pada masa kini, susah hendak jumpa nasi lemak khususnya yang berlauk berharga RM3.00 ke bawah.

Manakan tidak, kos bahan mentah seperti ayam, ikan bilis, santan dan sebagainya mengalami peningkatan harga menyebabkan ramai penjual terpaksa menetapkan harga tinggi bagi menampung kos perniagaan.

Peniaga Masih Jual Nasi Lemak Berlauk RM2.50, Jual Air Serendah RM0.50

Namun berbeza dengan seorang penjual nasi lemak bungkus di Alor Star, Kedah yang dikenali sebagai Pak Daq menjual hidangan tersebut pada harga murah iaitu RM2.50

Menariknya, harga itu bukan untuk nasi lemak kosong semata-mata namun ia adalah nasi lemak berlauk manakala minuman pula dijual pada harga serendah RM0.30.

“Semua sama (RM2.50). Daripada (lauk) ayam, telur rebus, ikan bilis. Air biasalah, teh o RM0.30, teh tarik, RM0.50, teh o ais, RM0.50, teh tarik RM0.50,” katanya.

Menerusi sedutan video yang dikongsikan di TikTok @destinasitv, dapat dilihat pelbagai jenis nasi lemak bungkus yang dijual bersama beberapa pilihan lauk antaranya seperti nasi lemak ayam gulai, nasi lemak ayam merah, nasi lemak sambal udang, nasi lemak sambal sotong dan nasi lemak ikan selayang.

Niat Berniaga Bukan Untuk Keuntungan Semata, Buat Amal Jariah

Kongsi peniaga yang berusia 74 tahun itu, dia sememangnya berniat untuk membuat amal jariah ketika berniaga dan tidak memikirkan keuntungan semata-mata.

“Yang penting saya niat dalam hati, buat jariah sama, bagi balik modal sahaja.

“Meniaga ini untuk nak buat (jariah), niat nak bagi jariah, bagi orang makan. Niat saya macam tu,” katanya.

Menerusi video berasingan, Pak Daq menjelaskan isterinya turut memainkan peranan penting dalam membantu perniagaan nasi lemak bungkusnya itu.

“Saya masak dengan isteri sahaja. Dia bungkus, saya pun tolong sama. Ayam saya guna 8 ekor sehari. Dia (isteri) bangun masak pukul 2 pagi,” jelasnya.

Malah ketika isterinya sakit, perniagaan Pak Daq pernah terhenti selama lima hari.

“Selagi saya ada daya macam ini, selagi isteri saya bantu (akan teruskan perniagaan). Baru-baru ini, isteri saya demam, dia tak boleh masak nasi, (perniagaan) terberhenti lima hari,” jelasnya.

Jualan Habis Dalam Masa Sejam

Menariknya, jualan nasi lemak bungkus warga emas itu laris dalam masa satu jam sahaja.

“Saya jual dalam masa sejam lebih, kadang-kadang tak sampai, dalam 30 minit je. Zaman dulu lagi awal, biasa pukul 8 pagi dah tutup, habis nasi tutup,” kongsinya.

@destinasitv

Tak Sampai Sejam… Dah Habis! Nasi Lemak Pak Daq

♬ original sound – Destinasi TV

Tonton video penuh [DI SINI]

Turut Kongsi Sikap Baik Pelanggan, Hulur Bantuan Ketika Cuaca Hujan

Bukan itu sahaja, Pak Daq turut berkongsi sikap baik orang sekeliling khususnya pelanggan tetap yang sering membantu perniagaannya itu.

Manakan tidak, gerai jualan nasi lemaknya yang terletak di kawasan terbuka kadangkala menyukarkan dia untuk berniaga lebih-lebih lagi apabila cuaca hujan.

Namun, dengan bantuan orang ramai, Pak Daq dapat meneruskan jualannya pada hari itu.

“Kalau hujan, saya ada tali. Ada orang tolong. Kadang-kadang yang kerja pejabat datang tolong pak cik. Kalau hari ini hujan diorang datang tolong. Kerja memang teruk tapi tak penat,” jelasnya.

@destinasitv

RM2.50 Semua… Tapi Bukan Untuk Untung Nasi Lemak Pak Daq

♬ original sound – Destinasi TV

Tonton video penuh [DI SINI]

View this post on Instagram

A post shared by JJCMKedah (@jjcmkdh)

Warganet Puji Peniaga Jual Nasi Lemak Harga Murah & Tak Fikir Keuntungan

Perkongsian yang telah mendapat lebih 133,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.

Menjengah ke ruangan komen, ramai memuji Pak Daq yang menjual nasi lemak berlauk pada harga yang murah.

Malah, ada yang memuji keikhlasan warga emas berkenaan dalam berniaga yang tidak memikirkan keuntungan.

Pada masa sama, ada juga yang memuji hidangan nasi lemaknya yang disifatkan seperti air tangan orang dulu-dulu.

Info Tentang Warung Nasi Lemak Pak Daq

Buat anda yang berminat untuk merasai nasi lemak Pak Daq, anda boleh berkunjung ke gerainya di lorong belakang Maybank, Alor Setar, Kedah pada setiap hari bermula jam 6.30 pagi.

Namun kalau nak mencuba, pastikan datang awal kerana nasi lemak Pak Daq biasanya akan habis terjual dalam masa yang singkat.

Ini kerana ada pelanggan yang berkongsi nasi lemak Pak Daq boleh habis terjual seawal 8 pagi.

Peta Lokasi Nasi Lemak Pak Daq

Peta Waze

Waze

Ini antara komen menarik pengguna TikTok:

“Bagusla Pak Daq, Semoga Murah Rezeki”

Image from: Niat Buat Amal Jariah, Peniaga Jual Nasi Lemak Dengan Lauk RM2.50 & Air Serendah RM0.30 Raih Pujian [Video]

“Allahu, Saya Harap Pak Cik Dapat Syurga Paling Tinggi”

Image from: Niat Buat Amal Jariah, Peniaga Jual Nasi Lemak Dengan Lauk RM2.50 & Air Serendah RM0.30 Raih Pujian [Video]

“Sedap! Nasi Lemak Banyak Pilihan Lauk, Murah & Sedap. lepas Subuh Saya Pergi Terus”

Image from: Niat Buat Amal Jariah, Peniaga Jual Nasi Lemak Dengan Lauk RM2.50 & Air Serendah RM0.30 Raih Pujian [Video]

“Orang Dulu-Dulu Memang Macam Ini Kan? Untung Nombor Dua. Yang Penting Boleh Niaga Sambil Sedekah, Untung Tak Banyak Janji Boleh Pusing Modal Balik Je”

Image from: Niat Buat Amal Jariah, Peniaga Jual Nasi Lemak Dengan Lauk RM2.50 & Air Serendah RM0.30 Raih Pujian [Video]

Baca Artikel Berkaitan: “Meniaga Sedekah” – Ramai Teruja Lihat Masih Ada Peniaga Jual Air Balang Dengan Harga Murah [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Wanita Jual Makanan Air Tangan Sendiri Di Vending Machine Buat Ramai Teruja [Video]

View Original Article