Niat Cari Sayur Bertukar Tragedi, Warga Emas Ditemui Maut Tepi Jalan Di Bau

7 Oct 2023 • 3:08 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Salam takziah diucapkan kepada keluarga mangsa

Niat Cari Sayur Bertukar Tragedi, Warga Emas Ditemui Maut Tepi Jalan Di Bau. Lelaki yang dikhuatiri hilang semasa mencari sayur hutan di kawasan Jalan Juga Buso petang semalam ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh ahli keluarga beliau sendiri pada jam 7.30 pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak, mangsa yang dikenali sebagai James Tarang Tigong berusia 63 tahun ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri pada jarak 150 meter dari tepi jalan.

image is not available
Niat Cari Sayur Bertukar Tragedi, Warga Emas Ditemui Maut Tepi Jalan Di Bau. Kredit: Borneo Network

“Anggota bomba kemudiannya bertindak membawa mangsa ke tepi jalan dan disahkan meninggal dunia oleh pasukan KKM yang menjalankan pemeriksaan ke atas mangsa,” ujarnya.

Seterusnya mayat mangsa diserahkan kepada pihak PDRM untuk tindakan selanjutnya.

Dengan penemuan mayat mangsa ini sekaligus menamatkan operasi SAR di hari yang ke-2 ini.

image is not available

Dalam kejadian yang berlaku sekitar jam 5 petang semalam, mangsa dikatakan keluar mencari sayur pada jam 5 petang, namun tidak balik ke rumah meskipun hari sudah beransur gelap.

Ahli keluarga mangsa yang khuatir dengan keselamatan beliau telah pergi ke lokasi terakhir mangsa disyaki hilang namun hanya menjumpai motosikal milik mangsa yang diletakkan di tepi jalan besar sebelum membuat laporan polis bagi menjalankan siasatan.

Baca lagi artikel menarik: