Niat Mahu Bergambar Dengan Rektor, Graduan Wanita Terjatuh Dari Pentas Ketika Majlis Konvokesyen

30 Jul 2026 • 3:59 PM MYT
The Malaysian Update
The Malaysian Update

Portal berita pilihan anda untuk isu semasa, politik, hiburan, & banyak lagi

Image from: Niat Mahu Bergambar Dengan Rektor, Graduan Wanita Terjatuh Dari Pentas Ketika Majlis Konvokesyen

SURABAYA: Seorang graduan wanita di Universitas Islam Negeri Sunan Ampel (UINSA) Surabaya mencuri perhatian ramai selepas terjatuh dari pentas ketika majlis konvokesyen selepas meminta rektor mengambil gambarnya.

Rakaman insiden tersebut tular di media sosial dan mengundang pelbagai reaksi daripada netizen, dengan ramai meluahkan rasa simpati terhadap graduan berkenaan.

Mengundur Untuk Bergambar Sebelum Terjatuh

Kejadian itu dilaporkan berlaku semasa Majlis Konvokesyen Ke-115 UINSA pada 26 Julai lalu.

Menurut laporan media tempatan, graduan dari Fakulti Hukum itu baru sahaja selesai menjalani istiadat di atas pentas sebelum menyerahkan telefon bimbitnya kepada rektor bagi mengambil gambar kenangan.

Bagaimanapun, ketika mengundur untuk mendapatkan posisi yang sesuai, graduan tersebut dipercayai tidak menyedari dirinya sudah berada di hujung pentas sebelum hilang imbangan lalu terjatuh ke belakang.

Rakaman video menunjukkan beberapa petugas dan individu yang berada di atas pentas segera bergegas membantu graduan itu bangun semula.

Tiada Kecederaan Serius Dilaporkan

Insiden itu menyebabkan hadirin yang menyaksikan kejadian berkenaan terkejut, namun suasana kembali terkawal selepas graduan tersebut dibantu dan dapat meneruskan majlis.

Setakat ini, tiada laporan yang menyatakan beliau mengalami kecederaan serius akibat kejadian itu.

Di media sosial, ramai netizen menganggap insiden tersebut sebagai satu kemalangan yang tidak disengajakan, selain mengingatkan orang ramai supaya sentiasa berhati-hati ketika berada di atas pentas, khususnya ketika mengundur tanpa melihat keadaan di belakang. – The Malaysian Update

The post Niat Mahu Bergambar Dengan Rektor, Graduan Wanita Terjatuh Dari Pentas Ketika Majlis Konvokesyen appeared first on The Malaysian Update.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved