Niat Mahu Cari Kerja Di Sarawak, Wanita Ini Terkilan Cara Jawab Kasar Netizen Sarawak

17 Aug 2023 • 11:38 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Sedih bila lihat masih ada yang melemparkan kata-kata kesat atau tidak hormat terhadap individu yang tidak bersalah

Niat Mahu Cari Kerja Di Sarawak, Wanita Ini Terkilan Cara Jawab Kasar Netizen Sarawak. Mencari pekerjaan bukanlah sesuatu yang mudah, lagi-lagi bila terpaksa merantau ke negeri orang lain untuk mencari rezeki.

Seorang wanita dari Pulau Pinang yang ingin mencari kerja di Bau, Sarawak, mengungkapkan kekesalannya di media sosial atas jawapan yang kurang menyenangkan diterimanya dari netizen Sarawak.

image is not available
Niat Mahu Cari Kerja Di Sarawak, Wanita Ini Terkilan Cara Jawab Kasar Netizen Sarawak

“Sik pandey nak hormat orang! Memalukan orang Sarawak jak!!!” – netizen

Dalam unggahannya di media sosial, wanita tersebut mengatakan, bahawa dirinya ingin mencari kerja kosong di kawasan Bau, Sarawak. Beliau mencari pekerjaan yang menyediakan kemudahan hostel atau kerja di kilang.

Assalamualaikum saya dari Pulau Pinang Malaysia, nak cari kerja kosong area Bau Sarawak, kalau boleh nak yang ada hostel.. kalau ada kilang lagi baik. Urgent sangat nak kerja..”

Namun, bukan bantuan yang diterima oleh wanita ini, tetapi sebaliknya, dia mendapatkan komen negatif dari beberapa netizen Sarawak. Dia merasa terkejut dan terluka dengan komen kasar netizen terhadap dirinya.

image is not available

Niat wanita ini hanya mencari pekerjaan untuk ikut suaminya yang bekerja di Kem di Sarawak

Wanita tersebut kembali menulis untuk menjelaskan alasan sebenar beliau mencari pekerjaan di Bau kerana mengikuti suaminya yang bekerja di kem Sarawak. Terkejut dengan komen netizen Sarawak, beliau merasa sedih.

Niat saya posting untuk cari kerja sebab suami saya bekerja di kem sana, tapi tak sangka banyak yang toxic jugak yaaa, takpa untuk komen yang kurang ajar tu nanti kita ambil tindakan.. Nampak macam kecil tapi bagi saya sangat menyakitkan ya.”

Komentar negatif mungkin terlihat kecil, tetapi dampaknya bisa sangat besar bagi penerima. Bahkan ada yang melemparkan perkataan ‘bod*h’ kepada wanita tersebut hanya kerana ingin mencari pekerjaan.

image is not available

Lagi artikel semasa, anda boleh baca di pautan bawah: