
Viral di media sosial semalam video memaparkan seorang lelaki berang selepas pakaian isterinya ditegur individu tidak dikenali. Individu itu dikatakan bersikap biadap dan terlebih dahulu tidak menghormatinya isterinya.
Namun ada segelintir yang mengecam tindakannya yang melulu marah sehingga meninggikan suara.
Pelakon, Izara Aishah turut memberikan pandangan peribadinya berhubung isu tular itu. Izara bersetuju seseorang hendaklah menjaga adab dalam menegur.
Kalau ye nak tegur sangat sebetulnya minta yg wanita dari kenalan pak cik tegurkan.
— Madame Izara (@IzaraAishah) July 31, 2022si suami ni dah la mualaf. Dia marah pak cik disrespect the wife that’s why Dia tak dapat nak kawal kemarahan. Sian. Ada yang kata pak cik terima bisikan allah untuk menegur gitu. Adui la
pic.twitter.com/5v7Qei8yoz

Tambahnya, perbuatan menegur seperti yang dilakukan lelaki itu sebaiknya dilakukan oleh sesama jantina kerana lebih berhemah. Jelasnya, niat menegur sepatutnya memberi keinsafan dan bukannya memalukan seseorang.


Pelakon ini turut mempertikai adakah teguran jenis itu yang dibanggakan, tambahan pula lelaki itu didakwa masih memandang wanita yang ditegur dari jauh.
Kredit: Twitter Madame Izara
The post “Niat Menginsafkan Atau Memalukan?” – Isu Tegur Pakaian Isteri Orang, Izara Aishah Beri Pendapat appeared first on Oh! Media.
