Niat Nak Beli Cota Tapi Dapat Blender, Reaksi ‘Frust’ Lelaki Dari Kuching Ini Buat Netizen Berdekah

29 May 2023 • 8:43 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

‘2 bulan aku tunggu, ni aku dapat!’

Niat Nak Beli Cota Tapi Dapat Blender, Reaksi ‘Frust’ Lelaki Dari Kuching Ini Buat Netizen Berdekah. Bayangkan anda tunggu sekian lama untuk dapatkan order online anda tapi last-last dapatkan barang yang berbeza. Perasaan frust tu hanya orang tu je dapat rasa.

Malangnya lelaki di Kuching ini, kesabarannya menunggu pesanannya selama dua bulan tidak membuahkan hasil apabila barang yang dipesannya tidak sampai – sebaliknya, dia menerima barangan yang sama sekali berbeza.

image is not available
Niat Nak Beli Chotta Tapi Dapat Blender, Reaksi ‘Frust’ Lelaki Dari Kuching Ini Buat Netizen Berdekah

‘Lain benda diorder, lain benda yang datang.’

Insiden lucu itu dikongsi di Facebook oleh seorang individu bernama Wak Saitama, yang reaksi kecewanya menyebabkan netizen ketawa.

Dalam video berdurasi 45 saat itu, lelaki itu dilihat menunjukkan kekecewaannya apabila membuka bungkusan yang dipercayai ‘chotta’ iaitu sejenis senjata self-defense. Menurutnya, dia telah menunggu lebih sebulan untuk pesanannya tiba.

image is not available
Kredit: Tokopedia

Namun, bukannya chotta yang dipesannya tiba tetapi dia menerima ‘blender’ sebaliknya. Katanya dalam video itu,

Saya order ‘chotta’. Sebulan lebih saya tunggu. Tapi yang sampai blender pula. Macam mana nak jadi gengster ni? Jauh habis blender dan chotta. Takkan lah aku nak belasah orang guna blender? Sudah lah mahal, harga chotta tu RM130. Blender ni pula RM135, mahal lagi blender ni. Malas dah aku nak beli barang online.’

image is not available
Kredit: Facebook

Terhibur lihat item lain yang tiba

Rata-rata netizen terhibur melihat reaksi lelaki itu yang menerima item yang sama sekali berbeza daripada apa yang dipesannya.

Ada yang membahankan blender tersebut boleh dijadikan ‘senjata’ unik, manakala ada yang bersimpati dengan lelaki itu kerana mendapatkan item lain setelah sekian lama menunggu.

image is not available
Kredit: Facebook

Ok lah tu, sumbat jari orang dalam tu.”

image is not available
Kredit: Facebook

Takpe bro, nanti kalau orang bergaduh, kau buka stall kejap. Letih orang bergaduh, jual jus untuk sejukkan badan diorang.”

image is not available
Kredit: Facebook

Terus batal jadi gangster.”

“Kira nak jadi collection je lah. Takpe. Jual jus buah je lah aku lain kali.”

Anda boleh lihat video sepenuhnya di bawah:

Siapa tak frust kan kalau dapat barang lain daripada apa yang dipesan. Nasib baik juga lelaki ni masih dapat cari sedikit ‘cahaya’ dalam situasi ni.

Lagi di sini: