“Niat Saya Untuk Cerita Pengalaman Baru” – Emcee Mohon Maaf Selepas Tular Pengantin Luah Rasa Terhina Dengan Perkongsian Di IGS

2 Nov 2026 • 2:13 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

“Niat Saya Untuk Cerita Pengalaman Baru” – Emcee Mohon Maaf Selepas Tular Pengantin Luah Rasa Terhina Dengan Perkongsian Di IGS

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Baru-baru ini, tular di media sosial perkongsian seorang pengantin wanita meluahkan rasa kecewa gara-gara hantaran yang dibuat oleh pengacara majlis atau emcee di majlis perkahwinannya.

Menerusi hantaran di Threads @imsyzzy, dia turut berkongsi tangkap layar Instagram Story (IGS) dipercayai milik pengacara majlis itu sehingga menyebabkan dia rasa ‘terhina’.

Manakan tidak, emcee berkenaan memuat naik hantaran yang didakwa mempersoal serta merendahkan keadaan dan situasi majlis perkahwinannya.

Luahan yang telah mendapat 4.3 juta tontonan nyata mendapat perhatian sehingga ramai yang mengecam tindakan emcee terbabit yang disifatkan tidak menghormati pelanggan.

Malah ada yang turut bersedih dan memahami apa yang dirasai oleh wanita terbabit.

View on Threads

Emcee Tampil Mohon Maaf, Jelas Hantaran Hanya Mahu Kongsi Pengalaman Baharu

Malam tadi (1 November), emcee majlis perkahwinan berkenaan yang dikenali sebagai Mazna Rosli tampil membuat permohonan maaf selepas tular hantaran yang dikongsikan oleh pengantin wanita terbabit.

Permohonan maaf itu dibuat dalam satu hantaran di Threads @maznaalee.

“Saya Mazna Rosli. Saya ingin memohon maaf kepada pasangan pengantin, kedua-dua keluarga dan tetamu atas perkongsian saya mengenai majlis perkahwinan mereka.

“Saya membaca luahan pengantin bahawa dia sangat menikmati hari bahagianya tetapi berasa terhina selepas melihat story saya.

“Saya kesal kerana kata-kata saya telah mengguris hatinya selepas dia memberikan kepercayaan kepada saya untuk mengacarakan majlis tersebut,” tulisnya.

Jelas wanita berkenaan, perkongsian di IGS itu hanyalah untuk berkongsi pengalaman yang disifatkan baharu oleh dirinya sendiri.

“Niat saya ketika berkongsi adalah untuk menceritakan pengalaman yang baharu bagi saya, kemesraan tetamu dan suasana majlis yang saya nikmati.

“Rangkaian story itu turut mengandungi penghargaan dan doa saya buat pengantin. Itulah perasaan yang saya mahu sampaikan,” katanya.

Sedar Dengan Pilihan Penggunaan Perkataan ‘Level’

Malah jelas Mazna, dia turut menyedari pemilihan penggunaan perkataan yang disifatkan kurang sensitif khususnya penggunaan perkataan ‘level’.

“Namun, apabila saya membaca semula keseluruhan perkongsian itu, saya sedar pilihan perkataan, perbandingan dan gurauan saya tidak sensitif terutamanya penggunaan perkataan ‘level’ dan komen mengenai perjalanan majlis serta ahli keluarga.

“Saya faham mengapa ia kedengaran merendahkan dan melukakan hati mereka,” tulisnya lagi.

Pengacara Majlis Ambil Tanggungjawab, Akui Seharusnya Jaga Perasaan Pengantin

Tambah Mazna lagi, dia mengambil sepenuhnya tanggungjawab atas apa yang telah berlaku dan bersedia untuk mendengar serta memohon maaf secara peribadi.

“Penghargaan yang saya sampaikan dalam IGS lain tidak menghapuskan kesan kata-kata tersebut.

“Sebagai pengacara yang diberi kepercayaan, saya sepatutnya menjaga perasaan dan maruah pengantin serta keluarga termasuk dalam perkongsian selepas majlis.

“Kepada pasangan pengantin dan keluarga, saya memohon maaf atas kesilapan ini. Saya menghargai layanan dan kepercayaan kalian.

“Saya bersedia mendengar dan memohon maaf secara peribadi apabila kalian selesa dan (saya) menghormati ruang yang kalian perlukan,” jelasnya.

Malah, Maznah turut memberi jaminan bahawa dia akan menjadi lebih cermat dalam penulisan serta menjaga privasi pelanggan.

“Saya juga memohon agar tiada sesiapa menyerang atau mengganggu pengantin dan keluarga berhubung perkara ini.

“Saya doakan kebahagiaan dan keberkatan buat rumah tangga kalian,” jelasnya.

View on Threads

Namun, permohonan maafnya itu tetap mendapat kritikan netizen. Meskipun ruangan komen dihadkan dan komen hanya akan diterbitkan selepas mendapat keizinannya, namun ada netizen yang sudah memetik (quote post) dan menampal tangkap layar posting tersebut di hantaran-hantaran netizen lain.

View on Threads
View on Threads

Baca Artikel Berkaitan: Emcee Kongsi Apa Korang Patut Sediakan Untuk Tok Kadi Ketika Akad Nikah, Dokumen Penting Jangan Lupa!

Baca Artikel Berkaitan: Ramai Setuju Tindakan Emcee Tegur Ibu Bapa Untuk Awasi Anak Agar Tak Ganggu Majlis Perkahwinan [Video]

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved