Nick Jonas, Priyanka Chopra Pertama Kali Sambut Diwali Bersama Malti, Tapi Tak Mahu Dedahkan Wajah Anak

Entertainment
27 Oct 2022 • 6:22 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Priyanka Chopra, Nick Jonas dan anak mereka Malti Marie Chopra Jonas - Gambar Instagran Nick Jonas

Walaupun menetap di Los Angeles, namun aktres Bollywood bertaraf antarabangsa, Priyanka Chopra tetap menyambut perayaan Diwali bersama suaminya, Nick Jonas. 

Bahkan, ia juga merupakan perayaan Diwali pertama Priyanka dan Nick bersama anak perempuan mereka, Malti Marie Chopra Jonas. 

Nick telah berkongsi beberapa gambar sambutan Diwali tercebur di kediaman mereka menerusi instagramnya. 

Malah, Nick turut memuat naik gambar mereka bersama Malti, namun wajah Malti tidak didedahkan, sebaliknya ia ditutupi emoji berbentuk hati. 

Priyanka mengenakan lehenga berwarna kuning cair dengan gabungan emas, manakala Nick pula mengenakan kurta pijama sutera rona yang sama. Si kecil Malti juga nampak comel mengenakan legenda yang sedondon dengan ibunya. 

image is not available

Mereka turut melakukan puja Diwali di sebuah bilik yang dihiasi dengan lilin dan bunga-bungaan. Patung Lod Shiva juga turut kelihatan. 

Sewaktu Priyanka melakukan puja Diwali itu, Malti duduk di atas ribanya. Malah, hujung jari Malti pula memegang jari bapanya, Nick. 

Nick turut menulis kapsyen, “Meraikan Diwali yang indah bersama ♥️. Selamat Hari Diwali semua.”

Terdahulu, Priyanka, Nick dan ibu Priyanka iaitu Madhu Chopra telah pun menyambut Diwali bersama-sama dengan menikmati makan makan di sebuah hotel. – Getaran, 27 Oktober 2022