
Nidji kembali, konsert ‘Pelangi di Kuching 2025’ bakal gegarkan Sarawak
Nidji Kembali Gegarkan Sarawak April Ini. Setelah berjaya mencipta kenangan manis di Miri pada 3 Februari 2024, band legenda dari Indonesia, Nidji kini bersiap sedia untuk menghangatkan lagi pentas di Sarawak. Kali ini, mereka bakal menggegarkan Stadium Perpaduan Petra Jaya, Kuching pada 26 April 2025 menerusi konsert epik, NIDJI: PELANGI DI KUCHING 2025.
Dibawakan khas oleh HMK Production dan Coms Creative Studio, konsert ini dijangka mengumpulkan lebih 5,000 peminat setia Nidji dan pencinta muzik di Borneo. Penuh dengan semangat dan energi, Nidji bakal mempersembahkan lagu-lagu terbaru mereka seperti Buang Buang Waktu, Zayang-Zayang, dan Lampu Hati, selain membawa kembali nostalgia dengan hit mereka yang tidak lapuk dek zaman seperti Hapus Aku.

Line-Up Mantap: Gabungan Artis Tempatan & Antarabangsa
Lebih menarik, konsert ini turut menyajikan bakat-bakat hebat dari Sarawak dan Semenanjung untuk membuka tirai persembahan. Nama-nama seperti BobYunus, Zah Amirul, serta Dramaband dan The Beretta’s dijadualkan menghangatkan suasana sebelum Nidji naik ke pentas. Pentas akan mula beraksi seawal jam 5 petang, jadi pastikan anda datang awal untuk menikmati persembahan penuh bertenaga.
Karnival Budaya: Muzik, Jualan & Warisan Tempatan
Bukan sekadar konsert, acara ini juga akan dimeriahkan dengan Karnival Pembudayaan Setempat, di mana pelbagai booth jualan dan persembahan kebudayaan akan dipersembahkan. Ini bukan sekadar hiburan, tetapi juga satu platform untuk meraikan warisan budaya Sarawak dan memperkukuhkan hubungan Nusantara.
Dengan sokongan rakan strategik seperti TVS, Sarawak Skills Kuching, UNIMAS, Kelkatu TV, Hotel UCSI College, dan RTM Sarawak, konsert ini dijangka mencipta impak yang besar di seluruh Borneo.
Jangan Lepaskan Peluang!
Buat peminat tegar Nidji dan mereka yang ingin merasai pengalaman konsert berskala besar, ini adalah peluang yang tidak patut dilepaskan. Pastikan anda bersedia untuk malam penuh magis bersama Nidji di Kuching pada April 2025.
Baca juga artikel yang pernah kami terbitkan mengenai konsert di Sarawak:


