Nijajujijaniba akui nama pernah diejek, tapi suami & jurunikah sebut sekali saja

LocalEntertainment
9 Feb 2025 • 12:27 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Seorang wanita berkongsi pengalaman memiliki nama panjang dan unik yang sering menarik perhatian, malah pernah menjadi bahan ejekan ketika zaman kanak-kanaknya.

Sebagai ibu kepada empat anak berusia antara lapan hingga 21 tahun, Nijajujijaniba Mohd Jin, 45, atau lebih mesra dipanggil Jiji, mendedahkan bahawa dia pernah diejek di sekolah rendah kerana namanya yang panjang dan berbeza daripada kebiasaan. Malah, rakan-rakannya ketika itu menggelarnya ‘saji’.

“Pada awalnya memang sedih bila diejek, tapi lama-kelamaan dah biasa dan anggap sebagai gurauan,” katanya.

Disebabkan ejekan itu, Jiji pernah terfikir untuk menukar namanya ketika berusia 12 tahun, namun bapanya, Allahyarham Mohd Jin Hassan, tidak bersetuju.

“Semasa masuk sekolah menengah, saya masih rasa malu dengan nama sendiri, tapi lama-lama boleh terima. Alhamdulillah, sekarang ramai kata nama saya unik, dan saya pun dah tak malu,” katanya lagi.

Meskipun namanya sering menjadi perhatian, Jiji berkata ia tidak pernah menjadi halangan ketika majlis akad nikahnya berlangsung lebih 20 tahun lalu. Suaminya, Rosli Yusof, 54, hanya melafazkan akad nikah sekali sahaja, manakala jurunikah yang mengendalikan majlis itu juga tidak mengalami kesukaran menyebut namanya.

Menurutnya, ada yang menyamakan namanya dengan nama orang Thailand, namun nama tersebut diberikan oleh bapanya yang memilihnya kerana berkenan dengan sebutannya.

“Saya pernah tanya arwah bapa kenapa bagi nama ini, tapi dia hanya kata suka dengan nama itu dan rasa sesuai dengan saya,” katanya kepada Sinar Harian.

Jiji juga mengakui terdapat situasi di mana petugas di beberapa agensi menghadapi kesukaran menyebut namanya, terutama ketika mendapatkan rawatan di hospital atau berurusan di pejabat kerajaan.

Sumber: Sinar Harian