Nik Abduh muat naik bulan warna biru

Politics
1 Nov 2022 • 12:24 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Penyandang kerusi Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh mencetuskan tanda tanya apabila memuat naik gambar bulan berwarna biru di akaun Facebook miliknya sembilan jam yang lalu pada Isnin.

KOTA BHARU - Penyandang kerusi Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abduk Aziz mencetuskan tanda tanya apabila memuat naik gambar bulan berwarna biru di akaun Facebook miliknya sembilan jam yang lalu pada Isnin.

Hantaran tersebut mendapat perkongsian sebanyak 139 dan lebih 1,300 komen telah ditinggalkan berkait dengan status berkenaan.

Pada masa yang sama anak kepada bekas Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu turut membuat satu hantaran yang menggambarkan perasaannya ketika ini pada dua jam lalu.

"Hati ibarat cermin. Jika ia bersih, kita melihat hakikat. Jika ia berkarat atau berdebu, kita hanya meneka. Kerana hati yang kotor, manusia hanya meneka dunia, bukan melihat hakikatnya. Begitulah kesesatan berlaku," katanya.

Sebelum ini khabar angin tersebar mendakwa bekas Ketua Pemuda Pas itu tidak tersenarai sebagai calon Pas pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved