Nik Abduh Umum ‘Puasa’, Berehat Daripada Politik Seketika

Politics
31 Jul 2023 • 3:49 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Nik Abduh Umum ‘Puasa’, Berehat Daripada Politik Seketika

Anak bekas Mursyidul Am Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Allahyarham Tan Sri Nik Abdul Aziz Nik Mat iaitu Nik Mohamad Abduh mengumumkan dirinya akan berehat seketika dalam dunia politik negara.

Bekas Ahli Parlimen Bachok itu berkata sedemikian dalam satu hantaran ringkas yang dimuat naik di laman Facebook miliknya hari ini.

“Saya puasa dan berehat daripada politik tanah air untuk satu tempoh.

“Ia tempoh paling sukar untuk saya dan bonda.

“Semoga PAS bertambah gagah dengan kepimpinan terbaik untuk memacu masa depan negara,” katanya dalam hantaran itu.

Sebelum ini Nik Abduh hangat diperkatakan mengenai isu dirinya yang tidak dinamakan dalam senarai calon PAS mewakili Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) di Kelantan.

Antara desas-desus yang diperkatakan ramai adalah ketiadaan namanya selaku calon yang didakwa sebagai usaha ‘memadamkan’ legasi arwah ayahnya dalam tampuk pimpinan PAS negeri itu.

Sumber: FB Nik Abduh