Nik Norzrul Thani tingkatkan pegangan tidak langsung dalam T7 Global kepada 22.66% menerusi Abyssina Resources

LocalBusiness & Finance
2 Oct 2025 • 5:47 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Nik Norzrul Thani tingkatkan pegangan tidak langsung dalam T7 Global kepada 22.66% menerusi Abyssina Resources

image is not available

02/10/2025 - 17:47

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 2 Okt - Pengerusi Eksekutif T7 Global, Tan Sri Dr Nik Norzrul Thani Nik Hassan Thani yang merupakan pemegang saham utama syarikat meningkatkan pegangan tidak langsungnya dalam kumpulan itu kepada 22.66% melalui Abyssina Resources (M) Sdn Bhd.

Dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia, kumpulan itu berkata, Abyssina Resources memperoleh 818,000 saham biasa pada 29 September 2025, sejumlah 24.9 juta saham biasa pada 30 September 2025, dan 26.49 juta saham biasa pada 1 Oktober 2025.

Selepas urus niaga tersebut, jumlah pegangan tidak langsung beliau meningkat kepada 204.59 juta saham atau 22.66% daripada modal terbitan T7 Global, selain pegangan langsung sebanyak 1 juta saham (0.11%).

Jumlah keseluruhan saham yang dipegang secara langsung dan tidak langsung kini mencecah 205.59 juta unit.

Perubahan ini berpunca daripada pemerolehan saham oleh Abyssina Resources, di mana Tan Sri Nik Norzrul mempunyai kepentingan tidak langsung.- DagangNews.com

standard

View Original Article