“Nikah Pun Baru Setahun Jagung Kan…” – Wanita Terjumpa Mesej Ibu & Adik Kandung Mengumpat, Tak Puas Hati Dengan Kehidupannya

Family & Parenting
18 Jan 2024 • 11:37 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Menjadi bahan umpatan orang itu mungkin tidaklah terlalu sakit rasanya namun jika ia datang dari darah daging sendiri, sudah tentulah timbul rasa terkilan di hati.

Itulah yang dirasai oleh seorang wanita yang berkongsi kisah sedih dialaminya sendiri menerusi TikTok dan ia telah meraih lebih 3 juta tontonan.

image is not available

 

Jumpa mesej ibu dan adik

Kongsi wanita bernama Mima itu, dia telah terjumpa mesej di antara ibu dan adik kandungnya yang mengumpat tentang dirinya kerana berasa kurang senang dengan kebahagiaannya.

Menerusi tangkap layar yang dikongsi, adik Mima itu menceritakan kepada ibu mereka tentang dia yang selalu ‘up’ status memuji kebaikan suami dan keluarga mentua.

Ibunya bukan menyebelahi atau meminta adiknya berhenti mengumpat namun menyambung perbualan itu malah memerli perkahwinan itu baru setahun jagung.

image is not available

image is not available

 

Umpat pasal berbelanja, jauhkan diri

Bukan hanya tentang memuji mentua, mereka berdua turut mengumpat tentang Mima yang berbelanja duit hasil titik peluhnya sendiri.

image is not available

Kerana mahu menjaga ketenangan emosi dan kesihatan mentalnya, Mima memilih untuk jauhkan diri daripada keluarganya sendiri dan menyekat nombor mereka.

image is not available

image is not available 2 days ago

Keluarga Suami Jemput 'Ex GF' Datang Majlis Nikah, Bapa Mentua Pula Mulut 'Tak Ada Insurans' - "Patutnya Ko Sebelah Ni..."

View Original Article